Plagiat everywhere~

Hello and assalamualaikum.

Short update while waiting for my buns cool before I can keep them in Tupperware. Mama lah rajin amat ajak buatkan bekal untuk balik Shah Alam nanti. (Padahal aku yang merap).

Before
After
Buat banyak sebab mama nak kirim untuk cucu-cucu beliau dua ketul kat Kl sana. Haish sabo jelah menunggu tuk dibako nya sebab sekali round bakar 20min. Resepi minta kat mak aku. Dia terer~ Aku tak terer , malas nak terer nanti kena buli masak je selalu. Kehkehkeh.

Ok back to the topic. Memandangkan aku dah nak ada final year project nanti. Aku nak train diri sendiri jadi anti-plagiat. HAHAHAHA. Ok ok, serius. 

Plagiat tu apa? Plagiat tu macam copypaste je idea orang lain untuk update blog. Kalau olah sikit bagi pendapat sendiri mcm okaylah . Tapi yang paling keji pegi ctrl+c , ctrl+v terus. Memang nak kena pelangkung nih.

Haa okaylah sorry emosi plak. Nak kenalkan ngan korang app yang paling best aku selalu guna masa siapkan lab report yang berkualiti demi masa depan yang gemilang, caish ayat nak gah aje. Apps ni untuk detect brp percent plagiarism dalam karya-karya agung kita tu.

Oleh sebab lecturer aku paling anti dengan plagiat tambah-tambah orang asyik wiki je, aku terpaksa check setiap kali before submit lab report supaya tak kena reject. Kot-kot lah tetiba idea buat ayat nak sama dengan saintis-saintis yang buat journal tu. KAHKAHKAH.

Kalau korang nak guna plagiarism check ni, pergi sini >SINI<

Okaylah rasanya roti-roti aku tu pun dah sejuk. Izinkan adinda mengundur diri untuk beradu di malam terakhir di rumah ini. 

Sapa nak tumpang pegi Shah Alam whatsapp la aku ye. KAHKAHKAH,gurau je, aku takde wasap. Dasyatkan anak dara millenium takde wasap, padan muka pakwe aku takleh wasap sokmo. :P

Bye,

Post a Comment

4 Comments

  1. Laparnya tengok Look so delicious.

    ReplyDelete
  2. kes plagiat ni toksah citer la... bila buat fyp, terkinja2 nak buat ayat sendiri... huhu

    ReplyDelete
  3. nampak sedap makanan itu :-)

    http://inilamanwebsaya.blogspot.com/

    ReplyDelete