Blog Review | kasihkuamani.blogspot.my

Hai, assalamualaikum. Jom kali ni Mai nak ajak korang geledah blog Kasihku Amani pula disebabkan kak Sha adalah ranking kedua blogger suka komen dalam blog Mai ini. Hihihi.

Terjah blog Kak Sha dengan klik gambar diatas. eh tunggu dulu, terjah lepas baca review okay. 

Penulis blog Kasihku Amani ni adalah Kak Sha, seorang blogger dari Kuala Lumpur. Menulis blog hanyalah sebagai part-time, tetapi boleh dikatakan kak Sha ni seorang blogger yang aktif sebab suka blogwalking dan tinggalkan pendapat di blog rakan rakan blogger lain. Untuk memperoleh detail lengkap kak Sha, untuk pengiklanan atau review boleh dapatkan di blog Kak Sha, very recommended sebab blog Kak Sha ni hebat jugaklah dalam ranking Alexa.

Masuk je dalam Kasihku Amani, mesti ternampak iklan Crispy Sambal yang super menggoda tu tau. Kak Sha adalah agen untuk crispy sambal yang sedap dimakan dengan nasi or roti tu, so kalau korang teringin boleh contact Kak Sha directly kat number tertera. Tetambah untuk students, memang terbaik sebab tahan lama, boleh la jimat-jimat everydah beli nasi kosong je kan. 

Sitemap blog Kak Sha terletak pada bahagian bawah comment post, agak tersorok tapi takdelah sampai tak nampak. Kehkehkeh. Sitemap ni penting tau sebab macam isi kandungan blog la, boleh dijadikan guide untuk readers cari apa yang depa nak cari. Ada 11 types of content yang Kak Sha letak kat sitemap tu, wahh banyak kan. Jom aku cerita apa yang menarik perhatian aku untuk selalu lepak lama-lama dalam blog Kak Sha.

"Drama Korea" & "Novel" . Ting ting ting, markah untuk Kak Sha sebab minat yang sama dengan Mai, so ni macam magnet la nak suruh I stay situ lelama godek godek tekan next next next nak baca entry seterusnya.

Hek eleh kecoh je Mai ni setakat review banyak lagi blog pasal review drama and novel tu.

Aipppp, ce korang pergi baca blog Kak Sha sekarang. LAIN TAU. Kak Sha lari dari typical blog review yang kalau korang perasan, semua lebih kurang je, asal kopipes dari wiki atau sinopsis kat belakang buku. NO! Kak Sha review dari pandangan mata dan pendapat peribadi kak Sha sendiri. Itu yang mahal tu, sebab susah nak jumpa review ikhlas. Nak lagi best, kita tengok dulu drama korea tu, or baca dulu novel sebenar, then baru baca review dari Kak Sha so barulah boleh relate dengan kefahaman kita ataupun kalau ada yang lain dari kita faham boleh lerr nak bincangkan ke, kan. Hehehe, entah pape Mai ni pasal drama and novel pun nak bahas bahas bagai :P

Next! "Parenting" banyak menceritakan tentang keletah buah hati kak Sha yang menghiburkan. Macam macam kisah duk ada, biasalah sementara anak nak besar, macam-macam kisah terjadi, kadang buat kita geram, kadang buat kita terhibur, tetiba je bleh mengekek gelak sorang-sorang. Eh cakap macam aku ada anak plak, takdelah, pengalaman jaga anak buah gitu lah, hahaha. Tabik dengan kaum ibu ni. 

Last but not least, "Tempat Makan" is my favoriteeee! Tapi aku mampu cuci mata jelah sebab kebanyakan tempat makan best yang Kak Sha share adalah dalam negeri Perak. Sobs sobs, so orang Perak apa lagi, geledah cepat blog Kak Sha cari tempat makan best dan masukkan dalam list wajib pergi korang. Untung lerrr (bunyi jeles campur kecewa). Alaa, takpe, selain tu Kak Sha ada juga rekemen makanan or menu best dekat restoran fast-food. Bolehlah dari takde lansung kan, fast-food dah kompem-kompem aku bleh dapat kat negeri aku. Hahaha, apapun, cuci mata tengok makanan memang tak merugikan pun, hahaha. Syok ape, silap-silap aku google je resepi tu pastu buat sendiri.


Oh ya, kalau korang belum join giveaway kak Sha yang bakal tamat pada 30 November 2016 ni, bolehlah klik SINI untuk join secepat mungkin. Giveaway ni sempena hari lahir Kak Sha and husband yang jatuh pada bulan Oktober dan November so dengan niat nak menyambut hari lahir sambil memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia ni, maka lahirlah giveaway ini. Hahaha, ecewah memandai je hakuu menambah perisa. Tapi betul la, tak rugi kot join, mana tahu rezeki dapat buku kan. Kalau ramai join mungkin hadiah bertambah, ngehngehngeh, cepatlah korang join cepat dengan klik SINI

Design blog Kak Sha adalah dari Rrai, so kalau hasil kerja Rrai memanglah cun kan. So takde komen atau kritikan nak bagi, kehkehkeh. Maka sampai disinilah review saya kali ini. Hihihi. Thank you baca sampai habis, so korang dah boleh terjah kak Sha sekarang. >Terjah Kak Sha<
Previous
Next Post »

10 Comments

Click here for Comments
Anisa Anuar
admin
10/28/2016 1:25 AM ×

Okay nak gi terjah... Dah habisss baca

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/28/2016 1:38 AM ×

Yeay ada orang baca sampai habis. hihi pergilah terjahhh..

Reply
avatar
10/28/2016 8:27 AM ×

Wahhhhhh!!!!!!
Terharu sangat ini...
Muach.. Muach...
Thank you so much Mai...
First time dapat review cengginie...
Ala... Fall in love dah ini dengan review Mai...
Rasa cam nak lompat bintang... Hahaha..
Thank you tau.. Serious thank you..

Reply
avatar
Mila Ahmad
admin
10/28/2016 9:34 AM ×

tempat makanan kat perak tu memang favourite akak ler, sebb abah akak orang kuala kangsar kalau balik sana mesti nak cari tempat makan best

Reply
avatar
10/28/2016 6:43 PM ×

Wahhhhh tahniah kaksha ❤

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/28/2016 7:12 PM ×

Hahaha you're welcome kak Sha, sukalah bila Kak sha puas hati dgn review ni :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/28/2016 7:13 PM ×

Best2 kedai makanannya sy tengok..syoknya!

Reply
avatar
Unni Anje
admin
10/29/2016 11:14 AM ×

macam best je baca tentang kak sha.. da baca abis, nak terjah kak sha pulak...

p/s : salam blogwalking

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/29/2016 8:23 PM ×

Blog kak sha banyak info lebih2 lg tentang buku2.. Memang best baca..

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
10/30/2016 6:17 AM ×

Btol btol, review drp kaca mata sndiri :) kipidap kak sha :)

Reply
avatar