Cerita Pendek | Petang

Cerpen ini adalah rekaan penulis bersama rasa cintanya untuk menulis dan imaginasi liarnya semata-mata, tiada kaitan dengan orang lain mahupun dirinya sendiri. Jika suka nanti aku belanja karyaku yang lain lagi :D


Aku masih ingat petang itu. Petang itu tak sama dengan petangku hari ini. Petang itu kita berdua, petang ini aku sendiri. Sepi. 

Aku masih ingat dirimu petang itu, dirimu masih gagah tapi tak seperti hari hari sebelumnya. Matamu berkaca, munculnya vena vena merah, aku nampak itu, jelas sungguh. Penumbukmu dikepal kepal, tapi tapi sekejap kemudian kau lepas kembali. Aku percaya kau takkan pernah sakiti aku. Mulutmu terkumat kamit, ingin berbicara tapi tak terkeluar suaramu, aku faham, sangat fahami kamu.


"Tapi kenapa?" 

Garau suaramu memecahkan sunyi petang itu. Lamunanku yang lari kini kembali ke landasan nyata. Sayang, kalau memang aku mahu kamu tahu, tidak perlu aku buat begini. Kecut perutku, bukan takut padamu yang sedang marah, aku lebih takut rahsiaku terbongkar.

"Maaf, kita tak patut bersama lagi."

Cincin tanda cinta kita yang selalu aku kucup setiap pagi buat bekalan semangatku, aku letak didepanmu. Hampir menitis air mataku tapi kupaksa diri kuat, untuk aku dan untuk kamu yang sangat aku cintai. 

"Maaf"

Mungkin maafku sampah padamu petang itu, tapi maafku itu tidak kuucapkan tanpa makna. Aku bingkas berlari pergi sebelum keluar kata dari bibirmu, mungkin yang mampu menukar keputusanku, atau juga mampu menjahanamkan perasaanku.

*****

Tiba-tiba hujan membasahi kaca tingkapku, mengaburkan pandanganku dari melihat langit petang hari ini, menyentak diri aku yang jauh menerawang teringat akan dirimu. Takut aku dengan diri sendiri, kerana memang keputusanku meninggalkan kamu, tetapi aku lupa untuk meninggalkan perasaanku bersama cincin semangatku petang itu.

Sentuh pipi sendiri, basah... 
Aku kalah dengan rindu ini...

Kusandarkan diri pada birai katil.
Berselirat wayar disebelah kiriku.
Kusedut nafas dalam dalam.
Ah, bau tempat aku terbaring petang ini menarik aku ke realiti.

Mengingatkan aku semula akan tujuanku meninggalkan cinta petang itu.
Cari bahagiamu yang abadi sayang.

Kerana aku sudah tidak lama disini.

Petang ini, 
Aku sendirian,
Mendekap erat memori kita,
Menghitung detik untuk pergi selamanya.




Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
11/24/2016 3:50 AM ×

lah.. mai !! apsal plak nih ? eh !! semoga cepat sembuh tau.. jangan ngelat makan ubat..

Reply
avatar
Mazni Azmi
admin
11/24/2016 6:38 AM ×

Banyak menulis dan berkarya menajamkan kreativiti penulis

Reply
avatar
Reen Johari
admin
11/24/2016 8:18 AM ×

Alah dik.. Tak habis cerita ni. Agak2 si dia tau tak akan datang yang kekasih hatinya sakit yang sedang menunggu ajal tiba?

Nak lagi.. Nak lagi cerita ni. :p

Reply
avatar
Unni Anje
admin
11/24/2016 9:04 AM ×

Kemain jiwang mai!! Hahahha

Reply
avatar
Amira
admin
11/24/2016 11:16 AM ×

Mai bermain dengan minda saya. Sastera bebenor ><

Reply
avatar
11/24/2016 11:47 AM ×

(T T)..pendek dan sungguh sayu..nukilan yg menarik dan bikin sob..sob

Reply
avatar
11/24/2016 4:21 PM ×

pandai buat cerpen..nice.. :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/24/2016 5:21 PM ×

hehehe sekadar hiburan :p harap semua suka ,ngeheehehehehehheehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/24/2016 6:12 PM ×

Hahaha kak reen :P saje bt tergantung bagi effect sedih sikit, hahaha

Reply
avatar
8/02/2017 11:07 PM ×

best cra penulisan sis.. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.my/2016/12/cerpen-istimewa-aidilfitri.html

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/03/2017 3:32 AM ×

Ya Allah. terima kasih sis :lv

Reply
avatar