Kisah Adik Aku Jual Keropok Hingga Dapat Beli Huawei P9 Plus.

Haaa, selepas entry aku yang semalam tu, aku tengok ada yang macam berminat nak tahu keropok apa adik aku jual sampai dapat P9 Plus tu? 

Perghh aku hanya mampu kagum dalam senyap jelah, sebab bapak dengan mak aku kemain membebel sebab beli phone ribu riban (#pembaziran), tapi bebel sikit jelah, nak bebel banyak pun dia bukan minta kan, dia usaha. Lainlah spesis redho macam aku,phone apa orang bagi,aku pakai je, nak beli sendiri kirim salam jelah. Hahah.

Aku perhati je dia ni, power weh strategy dia bisnes. Oleh sebab target customers dia budak sekolah rendah je, so dia jual barang yang confirm bebudak akan beli sebab murah + bebudak suka + setiap hari habis. Apa benda tu?

Koala Kids Perisa Susu, Coklat & Cheese
Koala Kids Perisa Susu, Coklat & Cheese

Nabati Cheese
Nabati Cheese
Koala Kids dan Nabati Cheese ni adalah dua jajan yang dia jual disekolah, memanglah laku kan bebudak mestilah suka, harga pun murah 1/4 je dari duit sekolah bebudak tu, dia jual 50sen satu pek Koala kids, dan untuk Nabati aku tak ingat harga dia jual berapa sebab lepas je dia boleh beli phone tu dia berhenti berniaga. Hahah.

Beli kat mana? Dia beli kat kedai pemborong terus. So dapatlah harga murah kan. Tambah2 dia terus beli banyak kotak besar, terus dapat harga special.

Bila berniaga ni mana kenal family. Dia betul-betul nekad kalau kami adik beradik nak makan pun kena bayar harga sama, kuang asam betul. Hahaha.

So aku rasa dalam tiga bulan macam tu dia mampu pakai Huawei P9 Plus habaq hang, berharga RM2500. Itulah magicnya berniaga ni weh, memang orang beli, ada ja rezeki dalam tu. Kalau tak cuba mana nak tahu.

Antara cabaran dia adalah hari orang tak beli barang dia, dia promosi kat rumah pulak. Memang hati kering dia ni, siap paksa kami beli lagi. Dia bagi siap2 pastu minta duit, macam tu punya orang pun ada. HAHAHA.

So siapa kata berniaga kena ada modal beribu, try la dulu kan. (Tepuk bahu sendiri).









Follow
Previous
Next Post »

28 Comments

Click here for Comments
2/23/2017 12:53 AM ×

Bakal usahawan adik Mai ni. Umur dia bape mai? Gigih sungguh dia smpn duit. Kak reen yang wat bisnes tepi ni pun xlps2 ag nak bli hp mahal2.

Reply
avatar
Flavnesz
admin
2/23/2017 12:55 AM ×

Pergh2.. Nie serius inspirasi.. Terus rasa nak jual jugak masa praktikal kat sekolah nanti.. hahahaha

Reply
avatar
2/23/2017 1:06 AM ×

nice story . aril pun dlu pnjual jgk .. sebijik prangai mcm adik may jie . Alhamdulillah . Rezeki ade dkat mana2 . Kita je prlu pndai mncari ..

Reply
avatar
Kin Naz
admin
2/23/2017 1:34 AM ×

Pergh memang terbaik la adik mai. Kagum akak dengan kesungguhan dia. Usaha tangga kejayaan apa yang penting dia mampu berdiri atas kaki sendiri. Cuma nak tak nak je

Reply
avatar
2/23/2017 1:41 AM ×

bisnes ni mmg untung. kalau pandai mmg masyuk.. dan bagus adik mai berbisnes. dah dpt beli phone lg. sua tak mustahil. tp bab yg suruh org rumah beli tu, lawak la mai. haha. apapun dia ada usaha tau nak jual jgk sampai habis. hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/23/2017 2:16 AM ×

Kak Reen buat bisnes kena juga kluar duit makan minum, dia ni duduk rumah free,makan free, hahahaha, semua mak bapak tanggung, duit bisnes simpan je kak reen. Tu cepat tu.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/23/2017 2:17 AM ×

Trylah nanti Razanah, ala duit budak sekolah zaman sekarang ni paling sikit RM4-5 dah, hahah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/23/2017 2:38 AM ×

Sharing is caring kan Aril, hehehe, tu la tak ramai budak yang ada naluri untuk bisnes kecik2, adik ngan kakak mai ja start dari sekolah, Mai baru first time ni. InsyaAllah, kena mencuba...dan cari kesempatan tu kan.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/23/2017 2:39 AM ×

Betul, kalau tak start, takkan tahu kita mampu capai atau tidak perkara tu. Kan Kak Kinah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/23/2017 2:42 AM ×

Kena pandai marketing kan, masalahnya mai masa ent dari dip sampai degree duk jadi financial manager ja, tak reti gebang, hahahaha.

Tu la, dia tu haloba sikit, tapi dia buktikan tak semua jenis tamak akan rugi,hahaha.

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
2/23/2017 5:02 AM ×

Tapi kan kenapa berhenti lepas dapat phone, topup sapa nak beli... hehe.... teruskan berniaga, nabati coklat tu saya selalu beli.. sedap...

Reply
avatar
2/23/2017 5:39 AM ×

Kena paksa beli? Boleh bayang macam mana situasi tu hahahhaa. Nak berniaga memang kena hati kering, kalau tak memang setengah jam permulaan pun dah nak give up sebab takde cust kahkah (contohhh)

Reply
avatar
2/23/2017 7:13 AM ×

memang tunggu posting Mai pasal adik tu..mmg terbaik sama mcm anak Umi si Angah kerja kat Adidas dan Kak Yang kat A&W kerja 2 bulan je kot..dapat gaji simpan pastu beli Iphone sbb kalau Umi dgn Ayah bagi hp Samsung jer...

Apa2 pun mmg bagus strategi bebudak sekarang ni..

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
2/23/2017 10:31 AM ×

Betul lah tu Mai. Kak Ana kalau berniaga suami amik pun kne bayar. Tapi byr harga kos je lah. Baru boleh kira untung rugi. Hehe. Tapi kak ana rugi dekat syafi. Sebab dia takde duit dan buat2 tak faham bila minta duit. Sabar jer lah. 😘😘😘

Reply
avatar
2/23/2017 11:33 AM ×

sgt btoi cra dia tu.

kena berani cuba.

Reply
avatar
2/23/2017 12:04 PM ×

pergh..hebat adik ko ya sampai dapat sebijik p9 plus..

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
2/23/2017 12:53 PM ×

betul tu mai, kalau nak jual dekat budak2 sekolah ni kena pandai select barang apa yang nak dijual and lagi satu muka kena tebal la hahaha syed awal2 dah tak layak nak niaga depan sekolah sebab malu (ni lah faktor kenapa ramai orang tak boleh berjaya dalam bisnes). Apa-apa pun, respek dekat adik mai.

Reply
avatar
2/23/2017 2:01 PM ×

hahah usahawan berjaya tu !

Reply
avatar
2/23/2017 2:29 PM ×

Pehhh, boleh tahan adik dia. Bagus-bagus boleh jadi usahawan berjaya. Byla dah tua baru ada kesedaran nak berniaga tu, huhu.

Reply
avatar
Nurul Afifah
admin
2/23/2017 2:42 PM ×

Ok. Inspiring gila cerita ni. RM2500 kot!!!

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
2/23/2017 3:12 PM ×

pastu jual lg aiskrim batang yg dulu harga 20 sen. mesti budak2 ramai beli 😄

Reply
avatar
2/23/2017 3:32 PM ×

Nabati Cheese paling best! Kalau makan sebungkus pun tak cukup. Sekarang tak tahu dah mana boleh jumpa. Mana adik mai dapat stok? hehe

Reply
avatar
2/23/2017 3:39 PM ×

Hebat la adik awak.. Kecil-kecil dah bersemangat berniaga :D

Reply
avatar
2/23/2017 11:39 PM ×

Waaahhhhh tetibe rasa berkobar-kobar nak bisnes, kumpul jugak beli iphone. Hahahahahahahaha... Yang kelakar tu, dengan family members pun paksa beli. Hehe.. Comel je perangai. :D

Reply
avatar
2/24/2017 3:25 AM ×

Bagus betul adik Mai ni.. Boleh dijadikan inspirasi. Hehe, Nabati Cheese tu memang sedap.. Pernah beli tak puas makan. Asyik nak kunyah lagi dan lagi. Rasa cheese gitu memang jatuh cinta la 😂

Reply
avatar
2/24/2017 10:11 AM ×

idea menarik kalau tengah cari idea berniaga... usaha tangga kejayaan kan..tanpa kenal putus asa.. hasilnya nikmat sekali

Reply
avatar
2/26/2017 9:30 PM ×

Hebat.
patutnya teruskan perniagan tu.
Boleh aim motor lepas ni.

Reply
avatar
Puteri
admin
2/28/2017 12:14 PM ×

Saya pun pernah jugak terfikir nak borong jajan and jual. Tapi takut nanti diri sendiri pula yang seronok habiskan hahaha

Reply
avatar