Annas Easkey Beri Duit Pada Random Students yang Memerlukan

random kindness
Be Kind. Always.
Ada pepatah mengatakan, "Be kind always, everyone you meet is fighting a battle you know nothing about." 

Teringat zaman menjadi students dahulu, perjalanan tidak sentiasa lurus tapi fun dengan give and take.

Harini aku susah hang tolong aku.
Esok hang susah aku tolong hang.

Alhamdulillah dekat UiTM Shah Alam dulu dah ada sistem "suspended meal' dengan kupon yang dilekat pada board cafe.

Jadi students yang memerlukan boleh ambil kupon tu untuk tukar dengan makanan. Siapa yang mulakan sistem ni memang patut diberi pujian.

Syukur ada seseorang yang berjiwa besar sudi mendengar masalah para students yang memerlukan dan menghulurkan bantuan kewangan. Subhanallah aku tak sangka masih wujud nice stranger macam ni pada zaman sekarang ni. Orang itu adalah Annas Easkey.

Sedikit pengenalan ringkas pada siapa yang masih tak kenal Annas Easkey ni. Annas adalah seorang jurugambar fashion profesional. Antara artis yang pernah bekerjasama dengan beliau semua yang hebat-hebat juga, seperti Sari Yanti, Neelofa, Hanis Zalikha etc.

Annas Easkey telah menulis pesanan berbunyi "malam ni saya nak bagi sumbangan dekat STUDENT yang perlukan duit belanja (makan/buku). mention berapa awk perlukan & untuk apa ok? RT PLS!" di laman sosial twitter beliau dan mendapat telah mendapat banyak respons dari orang ramai, majoritinya para pelajar.

Akhirnya beliau telah memilih lebih kurang 14 orang random students yang telah menyatakan masalah mereka dan dipertimbangkan untuk menerima duit belanja daripada Annas Easkey.

Antara mereka yang bertuah.


Kesian Dr-To-Be ni sebab barangan medik beliau disamun. Alhamdulillah, siapa sangka pada waktu urgent ni Annas Easkey buka peluang untuk beri bantuan padanya. Rezeki dari Allah kan, selalunya memang datang melalui jalan yang kita tak pernah sangka. Good luck Hanisah.


Aku faham masa FYP memang dasyat kadar penyusutan duit dari dalam dompet. Kejap-kejap print journal, print draft, kos perjalanan nak pergi meeting dengan supervisor, semuanya duit, duit, duit. Bertabahlah students. Semoga urusan kamu dipermudahkan saudari Ain :D


Ok yang ni memang funny! Hahahaha. Pegi pulangkan balik mouse tu k 😂😂😂. Fuh tapikan mouse kat DIY RM10 je kot, kalau RM50 tu boleh dapat wireless dah tu, best, best. 


Semoga ayah cepat sembuh ye Nadhiwah. Sorry to hear that, sis faham memang bergegar dunia kita bila tiba-tiba ayah kita sakit. Sis dulu pinjam PTPTN, kalau pinjam PTPTN yuran tu memang siap-siap bayar, tapi tulah pinjam susah, takpinjam susah. Apapun semoga dipermudahkan urusan.

Terima kasih Annas Easkey sebab prihatin dengan nasib para pelajar yang memerlukan. Memang tersepit hidup tau, kadang-kadang duit dalam poket tinggal RM5, nak minta kesian kat parents, tak minta duit nak pakai juga beli makan minum keperluan. Kerja part time? Mimpi jelah kalau kelas ada yang start 8.00 am habis 10.00 pm.

Semoga perniagaan Annas Easkey terus berkembang maju dan berjaya dunia akhirat. Semoga Allah merahmati usahamu saudara. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dan memberi mereka-mereka yang memerlukan sinar harapan lagi.


Follow

Previous
Next Post »

21 Comments

Click here for Comments
Amer Ridzuan
admin
5/10/2017 3:22 AM ×

Allahu... Baiknya hati dia nih.. T^T.. Payah nak jumpa orang macam ni. Moga dia murah rezeki hm.. Aminn

Reply
avatar
5/10/2017 4:06 AM ×

Alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki beliau..

Reply
avatar
5/10/2017 10:00 AM ×

Err biar betul ada kelas sampai 10 mlm Mai? Huhu. Good thing kat Uni Brunei takde.. ke Fae yang unaware haha. Memang Fae surrender awal kalo almost everyday balik dari kelas lewat..

Reply
avatar
5/10/2017 10:07 AM ×

murahnya rezeki dia mai.. smoga dia juga dilimpahkan rezeki yg berlipat gnda. bertuah siapa yg jadi pilihan dia tu..betul tu mai, kadang duit ada 10 ringgit ja tp segan nak mntak mak ayah. itulah life student.. huhu..

Reply
avatar
5/10/2017 11:51 AM ×

uish , bagusnya annas nih . semoga allah murahkan lagi rezeki dia .

Reply
avatar
5/10/2017 12:21 PM ×

Bagusnya Annas. Semoga beliau dimurahkan rezeki. 😊

Reply
avatar
5/10/2017 3:03 PM ×

Wahh.. ada juga insan yg berhati mulia mcm nie.. Hidup jadi students nie mmg susah.. ada ja masalah kewangan..apapun smoga dimurahkan rezeki, diberkati Allah :D

Reply
avatar
5/10/2017 4:48 PM ×

Murah rezeki beliau kan, sebab dia tahu macam mana rasanya susah. Alhamdullilah ada lagi orang yang mulia hatinya. InshaaAllah kita jugak boleh tak mampu secara besar-besaran cukup dengan apa ada sekeliling kita je kan? hehe

Reply
avatar
5/10/2017 6:43 PM ×

Alhamdulillah..masih ada insan yg perihatin dan cara dia ni mmg Umi suka sbb keprihatinan dia pada student yg memerlukan...semoga Annas Easkey terus dimurahkan rezeki

Reply
avatar
Shesyira As
admin
5/11/2017 4:44 AM ×

Airah pun ada bca jugak kt twitter psal ni.memang baik hati betul

Reply
avatar
nadhie wueen
admin
5/11/2017 7:07 AM ×

wahh proud of him. bagus lah adakan aktiviti macam ni sbb memang ramai sangat student dekat luar sana yg hidup susah dan perlukan bantuan kewangan. kesian kadang :(

Reply
avatar
Jun Zie
admin
5/11/2017 8:35 AM ×

cara dia kongsi rezeki lebih dgn bsedekah ke arah utk kbaikan smua.. alhamdulillah. semoga murah rezeki slalu annas easkey .. amin ya rabb

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
5/11/2017 9:28 AM ×

semoga Annas Easkey sentiasa dimurahkan rezeki...
good sharing MJ...

Reply
avatar
IQ = Iez Qis
admin
5/11/2017 11:14 AM ×

Alhamdulillah, Allah kurniakan seorang insan berhati mulia seperti Annas, IQ suka tengok Annas ni, sebab dia sangat prihatin dengan keadaan sekelilingnya.

IQ dlu masa belajar pun ada masalah duit. Biasa la, ptptn dapat separuh, duit saku dapat dari family pun cukup2 je, nak beli barang memang tengok je la mampu

Reply
avatar
Lea Azleeya
admin
5/11/2017 12:53 PM ×

Wahh baiknye hati dia.. Moga dia terus diperluaskan rezeki olehNYA..

Reply
avatar
5/11/2017 2:23 PM ×

byk cara ekk nak buat pahala.
kira nya benar utk student yg memerlukan, pahala tu berpanjangan selagi ia digunakan utk jalan yg baik.
aduhai...
aida ni berangan-angan la kalau2 esok2 Allah turunkan rezeki x disangka.
nak jugak buat gini.

Reply
avatar
Mellya Musa
admin
5/11/2017 5:40 PM ×

Alhamdulillah :) Murahnya hati ..Aman dunia kalau semua yang kaya-kaya buat macam ni hehe

Reply
avatar
Nisa
admin
5/12/2017 2:01 PM ×

Wow, never heard of this before. I believe in this quote, "The more you give, the more you get". Trust life. Maybe when we give, it may not come back to you daripada mana or whom you think it should be, but inshaAllah it always does. Moga rezqi Annas melimpah-ruah.

Reply
avatar
5/12/2017 4:48 PM ×

Sedihhhhhnya​ baca masalah kewangan pelajar 😭

Terkenang zaman husniey dulu pun susah jugak.. selalu je buat part time job on weekend.. Hari biasa kadang husniey jual buah potong.. lega dah lepasi fasa susah pahit masa belajar tuu.. Semoga dipermudahkan urusan mereka

Reply
avatar
BLOG EYJA
admin
5/12/2017 11:46 PM ×

Teringat bila masa susah gile time belajar dulu. Ya Allah nangis kadang pikirkan duit ni kan.... Nak mintak mak ayah memang taklah, kita dah besar rasa segan tu ada. Moga semuanya dipermudah dan dimurahkan rezeki :)

Reply
avatar
5/14/2017 11:05 AM ×

Semoga yang kesempitan wang tu dipermudahkan untuk mengatasinya.

Reply
avatar