20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses

Maksud Ailurophobia adalah orang yang phobia dengan kucing, rasa takut, fobia, berpeluh-peluh bila nampak kucing. Manakala maksud Ailurophile (ī-lo͝or′ə-fīl) pula orang yang sayangkan kucing. Percaya tak kalau Mai cakap Mai seorang Ailurophobia yang dah jadi Ailurophile?

Perasaan takut atau fobia dengan kucing hanyalah mainan fikiran kita yang terlalu overthinking, takut dengan perkara yang belum terjadi. Kucing belum cakar, dah menggelupur. Kucing takkan cakar manusia kalau dia tak rasa terancam tau, relaks. Perasaan ni kita boleh kawal, dengan syarat KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK KAWAL. Boleh baca sendiri pengalaman Mai buang perasaan takut kucing ni


Hahaha, dan kasih sayang Mai terhadap kucing dah macam tahap obses dah. But it's okay, bukan benda yang buruk pun jatuh cinta dengan kucing, Mai kan memang MISS+OBSESI. Lol.


20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses

Bila kita terlebih sayang dengan kucing atau lagi sedap dipanggil Ailurophile ni, akan nampak ciri-ciri pada diri kita. Sama ada kita sedar atau tak sedar je, haha. So jom check adakah kita sayang kucing dah sampai tahap obses?

CIRI-CIRI PENCINTA KUCING YANG OBSES

01) Kucing menjadi model tak bergaji
Ya Ampunnnn, tak boleh tengok kucing buat apa, semua nak snap gambar. Gallery phone tu penuh gambar kucing, bukan gambar sendiri dah. Sebenarnya bukan senang nak ambil gambar kucing yang aktif, berpuluh snap pun mungkin cuma sekeping je jelas, haha. Itu yang penuh galleri tu. 

02) Banyak post gambar kucing dalam media social berbanding gambar lain
Of course lah wey! Dah ambil gambar susah-payah, kenalah upload gambar tu. Normallah kalau kena unfriend dengan orang yang rasa 'terganggu' dengan kecomelan kucing kita, muahahaha. Sampai ke story insta & whatsapp pun sibuk nak bercerita pasal kucing.

03) Boleh bergaduh dengan orang tak suka kucing
Jangan buat pasal dengan kucing depan kami kalau taknak rasa 'penampaq arab' sedas K. Orang yang obses dengan kucing ni boleh naik hantu kalau nampak depan mata dia orang aniaya kucing (terutama straycat lah). Hmmm... Dan kami allergik juga dengan orang yang benci kucing ni, huhu. Jangan dekat k.

20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses
When someone says they hate cats. Don't worry we hate you too.
04) Pantang tengok kucing sakit/lapar
Tak kira lah kucing sendiri atau kucing liar, poket kembung ke tengah pokai, kalau ada kucing sakit atau lapar depan mata, mesti segala yang ada dikeluarkan demi kucing tu. Makan nasik kosong pun rela kalau ada kucing minta lauk kita. Hmmm. Tak pun yang jenis setiap hari pegang telinga kucing untuk check suhu badan kucing untuk pastikan dia tak demam. Phewww, parah, parah. HAHAHA.

05. Bila gaji je fikirkan keperluan kucing
Bila ada duit masuk je, otak ligat fikir mainan kucing kat Lazada lah, makanan berkualiti untuk bulu kucing la, pasir poo poo kucing la. Last sekali baru nak fikir pasal diri sendiri. Yes kalau anda dah sampai tahap ni, nampaknya dahhhhh masuk kategori obses dah,kihkihkih. 

06. Anggap kucing family dalam rumah
Kucing boleh tidur atas sofa, kalau nak tidur atas katil pun tak ada yang larang, boleh buat apa sahaja dalam rumah, sebab kucing kan family :). Selalunya ada yang bahasakan diri dengan kucing sebagai 'mommy' , 'papa' etc. Mai sendiri bahasakan diri sebagai Kakak untuk semuaaaa adik-adik bulus kat rumah ni, while encik tunang sebagai 'PAPA KONG', bakal tuan baru kami semua...meoowwww. 

07. Gambar kucing everywhere!
Wallpaper phone, laptop, cover photo social media, dalam planner, semua nak letak gambar kucing kesayangan. Hahaha punya sayang kucing, sampai totebag pun Mai letak gambar diorang. Tunggu jap, nanti nak buat bantal, t-shirt dan coverphone kucing gak, MUAHAHAHAHAHAHA. Daku terpenjara dalam cinta kucing-kucingku!

OBSES DENGAN KUCING
Collage gambar supaya boleh sumbat semua. RIP Hairi :')
08. Lebih pilih lepak dengan kucing & movie dari keluar jalan-jalan
Malas nak keluar rumah nanti kucing sunyi. Nak buka pintu pun dah kena laser pancaran tautan hati-ke-hati dari kucing tak bagi keluar, hahahaha. So akhirnya berkubang dalam selimut dedua, bertiga, or berempat (kucing besar jarang duduk rumah), pasang movie kat Subsmovie, layannn sampai tertidur.

09. Bercakap dengan kucing
I speak English with my cats okay! At least depa tak kata 'Pulun hang ni grammar pun salah nak jadi omputih'. pheww thanks dude! Semua kucing dijalanan akan disapa 'Hi awak!', balik rumah luah rasa tension kat kucing even dia bagi muka seposen. Hilang tension, serius! Natural painkiller tau kucing ni, tak percaya cuba try sembang dengan depa.

10. Berharap pasangan hidup juga sayangkan kucing
Semua pencinta kucing mesti berharap pasangan/jodoh pun jenis sayangkan kucing, hmm kalau tak sayang pun, faham orang yang sayang kucing. Alhamdulillah Mai dah jumpa 'PAPA Kong' untuk babies kat rumah, encik tunang memang seorang yang suka kucing, dan kucing pun suka dia. Pergilah mana pun ada je kucing datang ngorat dia. Dan banyak kali juga dia bidankan straycats sambil minta pendapat Mai. Fuh encik askar dah jadi doktor pakar bersalin kucing sekarang. 

11. Simpan semua kotak barang baru beli
Kucing dan kotak memang tak dapat dipisahkan. Kalau beli barang dalam kotak je memang akan simpan kotak tu untuk dijadikan mainan anak-anak bulus. Tengok kucing bermain juga adalah salah satu terapi untuk menenangkan hati dan fikiran. Hihi.

12. Banyak google & cari maklumat pasal kucing
Kalau dulu asyik buka social media je, bila dah start sayangkan kucing, lagi banyak habiskan masa buka google baca maklumat pasal kucing. Apa yang kucing suka, tak suka, tanda-tanda kucing happy, apa maksud disebalik perlakuan kucing, macam mana nak ucap 'I love you' pada kucing dan sebagainya~!

13. Tak suka travel sebab sedih kena tinggalkan kucing
Aktiviti travel akan rasa berat sangat sebab kena tinggalkan anak bulus dengan orang lain, tak kisahlah dengan family ataupun catsitter, sedihkan... Bila jauh pun asyik terfikir macam mana baby kita, sihat ke, dah makan ke, etc... Terganggu semua program, nak bergembira tapi sudahnya duk menung teringatkan bulus yang jauh dimata.

14. Tak takut kena cakar
Bila sayang kucing mengatasi rasa sayang kat benda lain, kita tak kisah pun berdarah kena cakar ke, atau perabot yang rosak terburai sebab diorang buat tempat asah kuku ke etc. Haha. Mai lah tu! Korang macam mana? Marah tak kucing? For me, my cats always right, obses kan? I don't care :P

15. Beralah dengan kucing
Kalau kucing dah tidur atas bantal, so Mai tidur tak berbantal. Kalau dia duduk atas selimut, maka tak berselimutlah. Kalau dia tidur atas sofa, duduklah di lantai, haha. Kalau dia minta lauk? So makan nasik kosonglah jawabnya. Kalau Mai tak marah kucing Mai, orang lain apatah lagi kan. Jangan usik dia, babap nanti!

16. Menghabiskan masa stalk gambar kucing di laman social.
Favorite port orang yang obses dalam facebook adalah group-group kucing, contohnya GROUP DUNIA KUCING ORIGINAL, ralit tau scroll dalam tu berjam-jam tengok gambar kucing, hahaha. Seronok tengok gelagat kucing orang, lepastu share la gambar kucing sendiri. Hahaha. Peel kucing-kucing Mai ni lawak juga tau.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

17. Orang panggil 'Crazy Cat Lady'
Haha Mai takdelah sampai tahap 'crazy cat lady' lagi, (perhaps) :P. Apapun, dah ada ramai yang tegur pasal asyik post gambar kucing. Hahaha, tahukah anda post gambar kucing lagi mulia dari post gambar seksi, haha. Bila bercerita pun suka cerita pasal kucing-kucing, nasiblah Mai dikelilingi oleh cat lover juga (termasuk future husband! yeay).

18. Tahu perangai setiap kucing kat rumah
Yes boleh tanya setiap perangai, kegemaran, apa yang depa tak suka, tentang setiap kucing dalam rumah ni. Semua kucing berbeza perangai dan selera, jadi kena ambil tahu tau. Ada kittens yang tak suka makan wetfood, ada yang tak suka kibbles. Contohnya Udin, dia tak makan semua benda selain ayam rebus (termasuk kfc dan rendang, dah try bagi), so kenalah rebus ayam setiap hari. 

19. Hasut semua orang suka kucing
Hahaha itulah antara salah satu aktiviti Mai, hahaha. My niece ada sorang yang takut kucing, tapi sekarang dah berani dah pegang kucing siap dukung lagi tau. Pengaruh siapa? Pengaruh aunty lah! Kahkahkah. Kanak-kanak ni senang nak lentur, kalau kita tak lentur ajar kasih sayang, simpati, empati pada haiwan, siapa lagi nak ajar? 

20. Wujudkan 'HASHTAG' instagram untuk kucing sendiri
Hashtag dalam instagram ni untuk memudahkan Mai nak cari balik je nanti. So #mayycat adalah hashtag rasmi untuk setiap gambar kucing-kucing Mai. Hahaha, maklumlah peminat kucing sendiri. >>> #mayycat <<<

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

So korang masuk kategori obses tak? HAHA

Follow
Previous
Next Post »

31 Comments

Click here for Comments
9/03/2017 1:43 AM ×

hahaha.. Nurul salah seorangnya.. dan paling setuju bab anggap meow sebagai salah satu ahli keluarga kita sendiri jugak.. :D

Reply
avatar
9/03/2017 6:56 AM ×

Amboi, sampai landing tidung atas telur kat dapaur

Ish ish ish

Kucing tu nak jadi ibu angkat ayam agaknya kalau menetas

Reply
avatar
Abam Kie
admin
9/03/2017 9:31 AM ×

sy suka kucing tp malas bela jika ia dah beranak-pinak tu.

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
9/03/2017 12:47 PM ×

Mrs pip kalau setakat pegang2 kucing ok lah, tapi kalau nak angkat peluk cium tu memang tak... mrs pip ni jenis takut pada kucing ...

Reply
avatar
mrhanafi
admin
9/03/2017 5:03 PM ×

saya masih normal lagi dengan kucing..tak la obses sangat..

sekadar suka sahaja..

itupun kat rumah ada dua ekor

Reply
avatar
Lina Shaza
admin
9/03/2017 8:34 PM ×

Suka dengan orang yang sayang kucing ni...nampak sangat penyayang dan baik hati...

Reply
avatar
9/03/2017 8:48 PM ×

Hehe belum capai tahap obsesi lagi. :)

Kat rumah ni memang banyak kucing, asalnya ada stray cats tumpang berlindung... bila diberi makan semua tu, terus jadi rumah diorang jugak. Tapi tak masuk rumah lah, kadang2 je diorang curi2 masuk. Saya suka kucing tapi takleh nak manja sangat2, looks like I am allergic jugak kat fur dia. Setakat belai2 boleh lah, nak cium2 tak dapat... nanti terpaksa tanggung seksa selesema hidung sumbat semua.

Paling suka bila rasa purring kucing tuuuu, ya Allah getaran tu sangat lah menenangkan :D

hanisamanina.com

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:26 AM ×

Yeay! Genggg obses meow meow...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:27 AM ×

Hahaha jantan tuuu kak. Nama dia Mr.Ibang.

So bapak ayammm la ni, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:29 AM ×

Hahaha,,, kena mandulkan Abam Kie,...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:42 AM ×

COMMENT HANIS : Hehe belum capai tahap obsesi lagi. :) Kat rumah ni memang banyak kucing, asalnya ada stray cats tumpang berlindung... bila diberi makan semua tu, terus jadi rumah diorang jugak. Tapi tak masuk rumah lah, kadang2 je diorang curi2 masuk. Saya suka kucing tapi takleh nak manja sangat2, looks like I am allergic jugak kat fur dia. Setakat belai2 boleh lah, nak cium2 tak dapat... nanti terpaksa tanggung seksa selesema hidung sumbat semua. Paling suka bila rasa purring kucing tuuuu, ya Allah getaran tu sangat lah menenangkan :D hanisamanina.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:43 AM ×

Hahaha takpe Mrs.Pip... Usap2 pun dah cukup :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:43 AM ×

Hahaha ok la tu kalau bela dua ekor, kira penyayang dah tu Mr.Hanafi..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:47 AM ×

Macehhh kak Lina <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/04/2017 12:49 AM ×

Alhamdulillah, ok la tu Hanis dapat juga stray cats semua menumpang kasih... Mai pun allergik sebenarnya, haha tapi buat tak heran je :P Tapi memang nanti sakit mata dan keluar air jernih kt hidung, haha.

Betul. kucing memang menenangkan. Terapi yang comel.

Reply
avatar
9/04/2017 1:03 AM ×

Pakcik sekeluarga banyak bela kucing.
Semuanya ailurophile

Reply
avatar
Dedaun Comel
admin
9/04/2017 10:35 AM ×

Saya suka kucing tapi keluarga tak benarkan jaga.. kalau ada kucing luar datang kat rumah memang bagi makanan..

Reply
avatar
SHAF NAJMI
admin
9/04/2017 3:19 PM ×

Haha menarik point2 Mai , dan sy tak kategori obses lg sbb ada bbrpa point je yg kena.

Obses kucing takpa dpt pahala lg sayang haiwan. 😊

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
9/05/2017 1:15 PM ×

Memamg tak di nafikan Mai seorang pencinta kucing yang tegar. Tgk IG je pun dah tahu kan. Penuh gambar kucing saja. Semoga murah rezeki Mai bila jaga kucing ni. Byk pahala nya tu

Reply
avatar
9/05/2017 11:08 PM ×

HAHAHHAHA masuk jugak kategori ni, semua petanda ada yeayyy kita geng!

Reply
avatar
9/06/2017 12:02 PM ×

Sarah pun suka gila dengan kucing! Hehe salam singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/09/rose-face-serum-zeeta-berasaskan-rose.html

Reply
avatar
9/06/2017 9:25 PM ×

eh...macam aku pun ada ciri-ciri tersebut lah..haha..puji diri sendiri nampak..:P..

Reply
avatar
9/07/2017 1:56 PM ×

rabia pun obses dengan kucing..suka kucing..tapi rabia kan astma.so tak boleh bela kucinglah..main gitu2 jer bolehlah

Reply
avatar
dya bunga
admin
9/07/2017 2:21 PM ×

dya tak ada bela kucing tp kucing liar kat rumah ni slalu jdi mangsa selfie dya.heheh..

Reply
avatar
9/07/2017 7:40 PM ×

hihihi. comeynya kucing kak noor. hihi. GV suka kucing juga dan anggap kucing GV tu salah seorang ahli keluarga GV. hihi. :D

Reply
avatar
Mrs. A
admin
9/08/2017 10:16 AM ×

Tak tahulah Mrs. A dah sampai tahap obses ke belum hahaha...

Tapi Mrs. A memang suka kucing tak pernah tak sayang, kekucing kat rumah Mrs. A selalu menang contoh macam Marble tu walaupun bilik adalah kawasan larangan tapi kalu dia dah terlepas masuk Mrs. A biarkan aje dia tidur dalam bilik.

No 8 tu is so me lebih senang lelepak dan bersihkan cage mereka daripada lelepak aka mesyuarat tingkap dengan jejiran. Walaupun ada bisik-bisik yang Mrs. A dengar eiii tak rimas ke banyaknya kucing huh! ade aku kisah.

Reply
avatar
Kin Naz
admin
9/09/2017 11:55 PM ×

akak dulu selalu sembang dengan kucing akak. dia meow je macam paham apa yang kita cakap. entah kemana dia hilang lepas adik akak marah dia dulu.

Reply
avatar
Nisha
admin
9/10/2017 9:01 PM ×

Aigooo... Tbh lah.. Nisha ni penakut dgn kucing. Tapi sejak asyik ke rmh cousin yg ada bela kucing, terus rasa selesa dgn kucing. Tapi still ada lah rasa cuak bila kucing tu dtg dkt. takut dia cakar Nisha huhu. T__T

Anyway, Assalammualaikum dan haii! :D
Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
Lagi ramai lagi meriah! hehe :*

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html

Reply
avatar
azhani azhar
admin
9/13/2017 2:46 PM ×

Setuju!!!
Bab tak takut kena cakar tu, mmang ye pun, padahal kucing dah menderam2 dah..
nk bagi makan ubat je pun...
sbb kucing yg tu garang sikit..

Reply
avatar
9/18/2017 12:07 PM ×

Setujuuuu Mai. No 4 paling terasa sebab ira baru kehilangan 2 ekor baby kucing. Sakit dengan tetiba :( No 20 pulak belum ada lagi setakat ni adakah saya bukan pecinta sejati huhuhu

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon