tahniah


Alhamdulillah.

If you want me.

Satisfy me.

Final Year Project FSG 2 : First meeting

Assalamualaikum.

Haa seperti dijanjikan so kali ini aku nak bercerita pasal pengalaman pertama kali berjumpa supervisor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dr.R sangat baik, dan hebat sebab banyak betul collaboration yang beliau boleh buat dengan kawan-kawan beliau dalam lapangan yang sama di semenanjung Malaysia dan Sarawak juga. Aku boleh pilih je topic apa yang aku suka dan insyaAllah akan mendapat kerjasama dari kenalan beliau. 

Alhamdulillah.

Dan aku memilih Sunda Pangolin untuk project FYP ini. Ini baru perancangan, kalau tak boleh, back up plan aku akan guna Sugar Glider takpun hedgehog. Aku nak buat apa??? Rahsialah.Hiuhiuhiu.

Doakan urusan aku dipermudahkan ya.

p/s:Ada suggestion of small mammals yang macam menarik utk kajian aku tak?

Pangolin

Final Year Project FSG 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ,syukur. Pejam celik pejam celik sampai juga aku ke semester 5 degree biomolecular science ni. Sangat mencabar dan penuh liku sebenarnya tapi tidak mengapa, redah je.

Memandangkan sudah di tahun akhir maka datanglah cabaran baru, Final Year Project. So aku rasa macam nak update kisah suka duka nak menyiapkan FYP aku dalam blog ni. Buku log memang ada tapi nak jugak cerita kat sini.

Ok cerita flow dari mula ya. Students diberi peluang untuk memilih top3 supervisor (SV) yang mereka suka bidangnya. Kemudian, pemilihan akan dibuat dan students akan mendapat SV yang sebenar, kalau nasib baik, dapatlah yang dipilih, kalau SV tu mmg pilihan ramai, maka students tersebut haruslah redho dengan SV random yang dia dapat.

Alhamdulillah aku dapat SV pilihan aku, Dr.R yang memang pakar dalam bioinformatics stuff. HAHA. Hajat hati ni nak sambung master Computator Biology or kalau tak pun nak bekerjaya dalam bidang tersebut (nak lari dari lab), jadi sangattttlah bersyukur doa dimakbul. 

So temujanji pertama telah dibuat, dan Dr.R minta aku jumpa beliau hari Jumaat nanti. 

Adakah tajuk FYP aku nanti akan diberi beliau atau aku perlu cari sendiri, aku pun tak tahu, tapi langkah keselamatan , aku dah cari la siap siap beberapa list tajuk macam hot je, macam best je, pasal research in bioinformatics ni. Baguskan aku setelah aku insaf ni (masuk bakul angkat sendiri).

Next entry aku cerita ya apa yang jadi masa first meeting dengan Dr.R. 

Berdebar.

Assalamualaikum.

Rawat Jerawat dengan Doxycycline

Assalamualaikum and hi, apa khabar readers?

Tonight,i'm super excited to tell you my experienced fighting with the pimples on my face. Ada jerawat ni tak best tau, orang selalu pandang serong, kata mereka kami tak pandai jaga kebersihan diri sebab tu naik jerawat. Lebih kejam yang menyindir konon air wudhu' mereka buat muka flawless, apa ingat kami yang berjerawat tidak bersolatkah?

It's okay, mari move on dari kisah sedih itu. 


Alhamdulillah. Cara aku treat jerawat-jerawat durjana itu menggunakan antibiotik Doxycyclin. Ambil dari klinik atas pantauan dan nasihat doctor ya, jangan korang pandai-pandai sendiri pulak.Eheks.

Sekarang cuma tinggal parut je. Hmm, aku tak tahulah produk apa yang bagus untuk hilangkan parut bekas jerawat gitu...

Kalau ada cadangan best,beritahulah,,! Jangan lawa sengsorang je, Hiuhiuhiu.

Tata.

Cara belajar yang efektif untuk pelajar blur.

Assalamualaikum and hi...

Okayy setelah lebih 4tahun (since diploma) bereksperimen dengan cara belajar yang efektif untuk pelajar yang blur (me). Yeah, aku bukanlah jenis pelajar aktif dalam kelas. Memang aku duduk paling depan lagi, untuk amik berkat awal, tapi aku susah sangat nak fokus dalam kelas.

For the last semester, aku amik keputusan nak try method baru untuk belajar. Agak tough untuk orang yang sangat susah untuk bangun tidur awal pagi, because aku ni lebih letih lepas bangun tidur dari sebelum tidur. Tapi aku cuba untuk bereksperimen dengan diri sendiri. 

Lepas maghrib aku dah tidur terbongkang. Tak mandi. Sebab nak mandi bila bangun tidur nanti. Save baju ler woi duduk asrama,haha. So dalam pukul 2 pagi or lebih sikit aku bangun, mandi,solat isyak, kalau hari rajin buat la solat sunat, kalau korang rajin buat hari-hari, jangan macam aku , (T_T) , baca Al-Quran, pastu pegang pen dan buku, baca bismillah ok boleh study.

Al-Quran jangan lupa. Tu pesanan abah. Abah mmg pentingkan Al-Quran sebab itu kunci kekuatan akal fikiran manusia. Lagipun nak asah otak sikit, kasi warm up, kan baru bangun tidur kang terus buka buku Molecular Biology ke Genetic ke sentot otak terus otak ini.

Solat Dhuha penting. Itukan kunci murah rezeki. Result yang gempak kan rezeki. Haa orang pemalas macam aku, aku buat sekali je time study week dulu. Sebelum ni tak pernah buat langsung time study week. MasyaAllah kesannya, itu baru buat sekali tu. Lain kali takmo malas-malas.

Nota aku tak istiqamah mcm student lain. Kalau rajin aku buat mind map cantik siap kaler kaler tauu. Kalau malas aku buat atas kertas kajang lipat dua je. Kalau paling tak rajin aku conteng atas buku or atas sticker note pastu tampal kat buku. Aku kan blur. Aku tak mampu baca tanpa menconteng balik, nanti aku lupa. Fikiran aku ni kalau tak tambat elok elok sakgi dia melayang jauh. Sampai ke honeymoon kat Bora-Bora.EH.

Paling penting, try ajar orang. Dah nama pun pelajar blur. Dah blur, aku selalu buffering, cakap melayu pun lambat (Cara aku sembang mcm cara Nasir Bilal Khan,slow lambat dan stop stop), cakap Inggeris apatah lagi. Memang susah sbb aku takut kawan aku pun tak faham apa aku cakap, tapi aku try jugak. Jangan sesekali kedekut ilmu. Ilmu dan dari Allah, kongsilah. Kalau aku faham satu topik yang agak susah, terus aku jerit "HAA aku dah faham, kau nak aku terang tak?" , kalau kawan aku pun dah lama faham,alhamdulillah, kalau dia belum faham aku cuba fahamkan dia. Kalau tiba-tiba kami berdua pening balik, carilah top student. Hiuhiuhiu.

Kadang-kadang aku sedih bila dalam lab aku akan ketinggalan, aku kan blur. Itu tak dapek nak nolong lah. Lagipun aku bukan jenis dalam perhatian lecturer or kesayangan lecturer. Siapa sayang orang blur oi. Aku tak pandai bercakap. Aku tak pandai bersembang mahupun ambil hati lecturer. So jalan agak sukar bila lecturer tak kenal kita. Kalau boleh korang ramah tamah la dengan lecturer. Jangan jadi macam aku. Setiap hari aku doa, 

"semoga Allah lapangkan dadaku, permudahkan urusanku, dan lancarkan lisanku, supaya mereka faham perkataanku"

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
[25-28: طه]

O my Lord! expand me my breast; Ease my task for me; And remove the impediment from my speech, So they may understand what I say
[20:25-28]

Setakat ini tips dari seorang pelajar blur. Aku sekadar nak berkongsi perkara yang baik, maafkan kalau ada yang tak baik dari entry ini.

Nak aku belanja gambar terbaru tak? Aku memang suka payung gambar,so aku sudahi entry ini dengan muka aku yang comel. Byeee. Thanks yang baca sampai habis. Tinggalkan komen. TATA

Assalamualaikum,

Deal?


Japanese Village , Bukit Tinggi.

Assalamualaikum.

Hi. Nice day ,korang. Cuti sem ni takde apa nak buat, nak keluar pun malas, so duduk atas sofa dan berangan perkara indah-indah. Produktif kan hidup aku. 

25June , tarikh birthday aku, cuma malang bertimpa tahun ni, ada paper final on 25th June 2015. Bukan satu ye tuan puan, 2 paper FINAL EXAM ,belah pagi and petang, dan lebih dasyat, esoknya ada satu lagi paper killer. Dasyat birthday aku tahun ni.

So ada orang amik keputusan nak sambut birthday aku lagi awal, so aku ada time untuk study sebab sepanjang study weeks and exam , boyfriend are not allowed. HAHAHA. Nasib baik dapat boyfriend baik dan memahami, hensem plak tu, (Kasi bodek cikit).

So dia bawak aku ke Bukit Tinggi,Pahang. Aku ingatkan jauh, dekat je rupanya. HAHAHA. Terima kasih awak yang baik hati, terharu tauu. 

Sampai je kat Bukit Tinggi tu, bayaran RM12 seorang. So dia pun decided untuk bawa aku je Japanese Village. Park je kereta, aku berderau darah tengok tangga yang tinggi,HAHA, Dasar gemuk pemalas. Padahal takdelah tinggi mana pun. Time naik tangga, dia lebih semput dari aku, rasa amazing sangat bila aku ternyata lebih sado dari abang askar. Ni mesti sebab aku dah selalu sangat panjat bukit dan tangga Fakulti Sains Gunaan Uitm tu, takpun naik asrama tingkat4 hari2. 

Pintu masuk 

Gedik sungguhlaaa hai...

Hereeee we are. Dah naik,serius hilang penat tu, Cantiknyaaa, Subhanallah. Rasa tenang sangat dikelilingi oleh pokok-pokok yang cantik. Paling best sebab ada kolam ikan. Sebab aku sangatttttttt suka tengok ikan berenang. Tenang dan rasa so fresh so good sangat,


Bila dah jumpa ikan, dah taknak kawan dengan dia dah. Sibuk bagi makan ikan. Makanan ikan boleh beli kat situ, RM1 je.HAHA. 

Ada yang bergambar sambil pakai kimono bagai tapi aku malaslah. Tak pakai kimono pun dah comel mcm awek Jepun dah.Ehhh..

SPA pun ada


Kemain model rumah jepun. Oleh sebab pergi berdua so takde cameraman nak amik gambar kami. Sobs.. Takpelah...



AHAHA , pandang saya je sampai akhir hayat awak tau...Zamzam alakazammmm... Mandrem sket. 

Tak banyak gambar berdua, cuma banyak gambar ala-ala aku jadi model adelah. Maklumlah boyfriend suka amik gambar permandangan, akulah mangsa dia suruh bergaya. Maybe aku ni salah satu permandangan indah kat mata dia kut.Ihiks perasan sgt uols,

Then dalam pukul 4 macam tu kami pun turun dan singgah makan di RNR before beransur.So inilah hadiah paling best birthday aku tahun ni,

Thanks sweetheart. Luang masa untuk saya.

What hyperthyroid done to my face?


Dulu arrr
Duluuuu

Oh gosh.
It's kinda sad to review back my old photos. I really miss my old skin complexion. I hate you hyperthyroid, you make me ugly AF. 

As you can see, here are my latest skin. Full of 'mini volcano'. I celebrated Eid 2015 with this face. All the makcik makcik kepoh will be like "Ohhh what happen to your skin"... "Jerawat makcik ,jerawat, takkan skittles pulak". Kataku. Dalam. Hati.

Damn.
Now


Eh emosi pula. Yelah. Beraya dengan jerawat kan. Sedih kan?

So dikesempatan ini saya Noor Maizan , ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog saya, dan pembaca entry ini.

Kalau ada nak bagi duit raya boleh minta number akaun.Ihiks. Gurau gurau.
Raya kan sebulan.

OKlah, Undur diri dulu.
Assalamualaikum. Jaga diri. Jangan kena hyperthyroid. Tak best.

Sibuk lagi.

Assalamualaikum.

Hi guys. Lama tak update, hihi. Sorrylah sibuk belajar, saya bukan anak orang kaya raya nak duk terkangkang kat rumah pastu kahwin muda dan cop orang tak kahwin punya mak bapak redho anaknya berbuat dosa sebab tak kahwin-kahwin.

Hihihi emosi kann? emosi kan?

Sorrylah pesakit hyperthyroid mmg suka emosi, tapi kali ni aku taknak gunakan sakit sebagai alasan. Ye aku emosi.

Bye , nak pegi baca journal.

Biar aku jadi anak yang berbakti, sebelum pikir nak jadi bini orang.


p/s : Stop blaming my parents. okay?

Baik


Kalau mahu disayangi.
Semai rasa sayang.

Dating & The Pecal Lele~


Assalamualaikum.

Hi korang , buat ape tu hari minggu gini, berkubang dalam bilik ke?EHEK.

Tadi buah hati datang melawat, pastu dia ajak keluar makan. So kalau i yang decide tempat makan so haruslah makanan favourite i kan...

Tadaaa~


Pecal lele ni antara yang tersedap aku pernah makan, Selain tu dekat Ampang Kl tapi aku dah lupa kedai tu nama apa.Hihik~

Muka lapar tunggu makanan sampai, yang sorang lagi tu muka notty ape lah tah.HAHAH

'



















Muka happy kemain...Akmal pula memang 'hantu' ikan keli. Ngammm laa~



Sebenarnya bukan Pecal Lele depan Plaza Alam Sentral Shah Alam ni je aku makan harini. Mula-mula makan dekat Restoran Molek Kelate dulu before pergi ke situ. Dia juga sabar je belikan aku air banyak-banyak sebab asyik dahaga. Metabolism aku agak tinggi sebab aku kan hyperthyroidism. Bila makan aku cepat je kenyang, asyik tak habis. Tapi aku cepat lapar juga. Sedih :'(

Terima kasih buah hati sebab awak sudi jadi kawan paling baik untuk saya. Terima kasih untuk Al-Quran tadi, terima kasih sebab melayan girlfriend yang banyak sakit ni, terima kasih belikan stoking sebab kaki yang melecet , terima kasih sebab tak pernah buat saya sedih, terima kasih sebab jadi diary saya versi manusia.

Sorry ending tangkap leleh,HAHAH.



Aku andartu?

Assalamualaikum,

Hi guys. Zaman sekarang zaman kahwin muda ye. Aku tak nak ulas pun pasal kahwin muda ni. Tapi aku ada terkilan dengan someone yang telah melabel aku.

 "BANGANG, belajar tinggi-tinggi tak reti nak kahwin"....."Mak bapak pun sama restu anak buat dosa"...

That damn words does hurt a lot. Thank you.

Kalau aku umur 22 kira muda lagi tak kahwin pun dah kena tohmahan gini, patutlah orang umur 30++ jadi stress. 

Hihi, takpelah. Belajar ini amanah ibu bapa. Redha ibu bapa redha Tuhan juga. Stop talking bad bout my parents, aku tak pernah tipu mereka. Kalau rasa kahwin muda boleh ambil tugas Tuhan atau Malaikat Atid. go on...

Terima kasih sebab keji saya.

D'Kayangan Steamboat Shah Alam

Assalamualaikum.

Malam minggu , so my friend la tetiba teringin steamboat. Bincang-bincang setuju nak keluar berempat pergi steamboat paling dekat dengan Uitm Shah Alam. Kawan yang sorang pulak sibuk google sana sini, terjumpa la D'Kayangan Steamboat.

Dari Uitm Shah Alam ke sana, naik teksi cost us RM20 je. Bolehlah sebab agak jauh Seksyen 13 dari Seksyen 7.HAHAH. Bahagi 4 orang tambang tu takdelah mahal sangat.

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor.
Sumber google
Harga buffet takdelah mahal kalau nak banding dapat makan macam-macam jenis makanan kat situ. Even bihun/mee/koey tiaw goreng pun ada, nasi arab, ais kacang, kek , eskrem, teh tarik, dan steamboat mcm2 seafood, kambing golek, nak grill pun boleh...Hah boleh pilih sup ayam or tomyam for the kuah. Gua amik segala kerang-kerangan siput siputan yang takde kat cafe asrama puas-puas arrr.Hihik.Eh lupa nak cakap harga RM33 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. Bawak student card dapat discount ye, jadi RM29.80 seorang.

Call this number untuk buat reservation : 03-5523 4979 
Jangan lupa reserve dulu before pergi sebab memang ramai gileeeeeeeeer punya tak tipu.

Gua bagi 4/5 bintang. Untuk kepuasan dan makanan.


p/s:Tapi ada berita sedih time gelabah nak ambil makanan tu, gua terjatuh terkehel kaki ini. SAKIT T_T


Hyperthyroidism & symptom

Assalamualaikum and hai uols.

Sorry for the late update. Berkenaan dengan entry lepas yang mana menunjukkan keputusan lab hormon thyroid aku terlebih paras normal.

Setelah dirujuk dengan doctor hospital luar, yes. Aku di'diagnosed' menghidap HYPERTHYROIDISM. Terlebih hormon thyroid. 

Symptom selain tangan & kaki yang terketar (tremors). Orang yang menghidap hyperthyroidism juga akan mengalami :

  • Lemah/sengal otot 
  • Mood swings 
  • Nervous and anxiety 
  • Rapid heartbeat. (NI BETUL WA CAKAP, BUKAN MAINAN PUNYA DEGUPAN JANTUNG NI, KALAH ORANG JATUH CINTA)  
  • Irregular heartbeat.
  • Kulit lembap 
  • Heat intolerance. (Sampai Akmal belikan kipas sebab hari-hari membebel panas.hehe) 
  • Trouble sleeping. 


\

So ini ubat-ubat bertuah 'hadiah' dari doctor. Selain tu aku ambil juga supplement tambahan which is minyak zaitun and habbatus sauda, walaupun duit terbang terbang laksana burung bebas di angkasa, aku mahuuuuu sihat T_T.

Appoinment setiap sebulan , so means aku KENA AMIK DARAH every month. Wuagghhhh. Tapi doctor target dalam 3 bulan untuk aku sembuh.

Doakan saya ya :D

Thyroid Function Test

Assalamualaikum.

Buat pembaca setia blog ini since zaman dulu-dulu, mesti pernah baca entry pasal tangan aku yang kadang-kadang akan bergetar. ENTRY INI sejak 2012. And i ignore komen2 yang suruh buat check up T_T.

The worst thing is keadaan tu bukan makin surut, but makin serious. Asyik kena marah dalam lab sebab aku tak mampu nak kendalikan apparatus dengan cekap, misalnya nak load sample dalam lubang gel sebesar tahi hidung tu, memang rabak la gel tu, sebab aku kan tangan ketar + gemuruh lagi.

Again, i ignore je sebab ala biasalah tu budak baru tak cekap lagi. Kena marah tu remeh temeh je. So aku tak ambil port. I always perasan bajet-bajet positive and kemam cekelat HACKS , ingatkan diri ini kurang glucose or just lapar je. 

Then , titik punca nak pergi buat Thyroid test ni sebab keadaan makin serious, because NOW I CAN'T EVEN HANDLE MY LEGS WHEN DRIVING. Giler nak accident??! Minta simpang lah ,nauzubillahi min zalik.

My friend pun perasan sebab selain tersengguk, kereta akan bergegar each time i tukar gear, sebab time nak tekan clutch tu, hanya Allah je tahu betapa stressnya aku nak kawal kaki jangan gegar, lutut jangan gegar pleaseee, but, it's shaking vigorously and seram weh.


Untuk orang yang takut jarum ni, seram jugak la nak kena amik darah bagai. Gulp. Tak sakit sangat pun tapi sebab nak gedik , so anggaplah sakitttt T_T.......

Within 24hours dah keluar result , pantas juga Pusat Kesihatan Uitm Shah Alam ni, laju sebab ada lab sendiri.

And...


See. Aku tengok result sorang member yang buat test yang sama, normal je, Takde pun flags mcm aku tu. Apehal pulak satu above range, satu below range. Aduh.

Esok nak dengar explanation dari doctor. 

Pray for me ya teman-teman. 

Bye assalamualaikum.


Baju Korporat Degree Sains Biomolekul

Assalamualaikum.

Walaupun cuaca panas ,dan sentiasa rasa macam dalam oven. Kitorang kentalkan hati jugak nak merasmikan baju korporat kos kitorang dengan bangganya. Siapa tak bangga dengan kos sendiri weh, study macam nak pecah otak dan organ-organ dalaman. (Padahal sayang kalau tak pakai beli mahal gilossss). Cis -.-






Sejak tengok korea ni gedik benor insan cute bernama Maizan ni asyik bergambar nak acak-acah peace. 

Kehkehkeh.

Kbye. 


Review by Wanie Catatan Hati

Assalamualaikum.

First of all , nak ucap terima kasih saudari Wanie yang sudi review blog ini dalam entry INI. Setiap kata-kata seseorang mencerminkan diri individu tersebut, dan terbuktilah cik Wanie ini memang very positive person.

Header cantik ni curik dari google. Sebab kekangan masa nak buat tak sempat, nak order pun mahal, gua study lagi, terpaksa pakai header bak kata orang bagai melepaskan batuk di tangga ni.HAHAH. Siapa sudi buat header untuk saya dengan harga bawah RM15 angkat tangan   message saya segera !

Picit gambar untuk ke blog Wanie
So I rasa nak buat simple review untuk blog beliau ye.

APA YANG BEST DENGAN CATATAN HATI 93 ?

1. Tuan blog yang ramah dan baik hati.

2. Boleh request untuk di review tapi mohon sabar ye sebab beliau student, banyak  lagi benda nak pikir.

3. Senang nak follow sebab gadget follower memang letak bawah header je, kalau tak nampak juga memang kena pakai spek.

4. Blog ringan dan pink.HAHAH

Sayang

Assalamualaikum.

Lihat gelagat orang yang kita sayang gembira.

Kita pun gembira


Gundhuci(gendut+seksi)
Buah hati
Little potato
Syhhh <3

Computer + Biology

Assalamualaikum.

Serius selepas belajar subjek Bioinformatics which is about computer+biology, i rasa macam salah amik kos je.HAHAH.

Takdelah salah sangat. Dah lalui Diploma dan tinggal setahun je lagi nak settle Degree Biomolecular ni. But if ada rezeki nak sambung master lepas ni, ingat dah taknak lalui course yang kena masuk wet lab ni. Nak belajar computer + biology pula. 

Doakanlah.

Yang benar,
Budak takde cita-cita, tapi suka belajar.

Penting ke smartphone zaman sekarang?

Assalamualaikum.

Pernah tak sehari tak bawa phone ke tempat kerja/fakulti? Kosong kan jiwa.Huahuahua.

Tak mati pun eh takde phone. Aku ni sebenarnya phone dah rosak lebih dari sebulan. Bayangkan aku tak pakai smartphone dah sebulan.

Tapi..................

Phone biasa :

1.Takde lumos uitm, so takde jadual kelas kat phone. Setiap hari kena buka buku nak tengok jadual.

2.Takde waktu solat, so hari-hari kena tanya orang bila masuk waktu solat. Azan kat sini kadang dengar kadang tak dengar.

3.Takde wasap, so aku ketinggalan berjuta-juta info kelas sebab group kelas skrg pos news kat wasap je.

4.Takde mp3 , so aku kalau bosan terpaksa buat muka sedih sorang-sorang terkebil-kebil.

5.Takde camera, TAHU TAK DAH LAMA AKU TAK SELFIE.

Itu jelah.

So penting lah smart phone sebenarnya T_T.


Nak Link Blog Boleh ?? #1

Klik gambar untuk join
Assalamualaikum.

Dah lama tak join apa-apa segmen. Dah makin kurang kawan blogger.

Cedih......

Jomlah join sekali.
Klik gambar untuk sama-sama join.

InsyaAllah segmen ini hingga 21/3.


Sad

I just sad.

Random story

16 Mac 2015.

1200 am -Sebelum tido wish birthday adik.

0645 am - Terlajak bangun subuh, nasib tak terlambat,  kelaparan pulak tu. Lepas solat masak maggie. Kebulur nak mampus dari semalam tahan lapar. 

0900 am - Tidur sekejap, amik energy sebab nak berdepan kelas first untuk sem ni subjek SEJARAH MALAYSIA. Sure bosan kan.

1100 am - Masuk kelas. Terkejut sebab Ustazah Anisah gila gempak , tak mengantuk langsung. Malah insaf duniawi dan ukhrawi belajar ilmu sejarah.

0210 pm - Masuk kelas Method. Mengantuk tapi fight fight fight.

0300 pm - I'm survive! Yeay balik kelas sambil mengutuk orang bawak kereta laju lepastu aku terpeleot jatuh .

Dah la tak tahu nak tulis apa. 

Pengajaran untuk hari ini:

- Jangan berfikiran negative tentang perkara yang kita tak lalui lagi.
- Jangan mengumpat orang , biar orang buat hal, jangan kita buat hal.
- Bawak cekelat masuk kelas.

kbye. entry aku sampah kan. Tak tahu nak update apa T_T


Hari yang malang

Dekat fakulti jatuh bedebuk tepi longkang.
Kaki melepuh.

Balik kolej naik bilik tingkat lima.
Buka fb.

Ada yang lebih sakit dari jatuh tadi.


Malaysia yang sakit.

bye.



Bilik diserang cicak

Assalamualaikum

Hai korang.
Gila penat malam ni berperang dengan cicak. Kalau sem lepas aku asyik kena marah dengan roomates sebab terjerit macam orang sawan tengok cicak, sekarang aku ada geng.

Tadi nak dijadikan cerita, time sedap-sedap makan jagung tiba-tiba aku nampak cicak kat meja study kawan aku. Aku boleh lagi mengutuk cicak tu dengan si roomate ni.

Aku : "Eh tengok tu , dah la jahat. Dulu time Nabi Ibrahim kena bakar dia sibuk-sibuk tiup api, JAHAT!"

Wani :"Ha ah , dah la time Nabi Muhammad masuk gua dia sibuk nak bunyi-bunyi, saja nak bagi orang tahu."

Aku : "Ha ah betul la, dia ni 'si penjahat kecik' "

Sumber google 
Lebih kurang cenggitu la rupa cicak tadi. Berbelang. Iyekkkk :P

Wani pun sembur dia guna penyembur lipas. Masalahnya cicak ni makin disembur makin agresif gila... Dia turun ke lantai. Lepastu dia nak datang ke katil aku pulak.

Demmm.

Katil aku dah la cadar ala-ala princess gitu beralun alun cadarnya. Gelabah aku naikkan cadar.

Kitorang sambung kutuk dia lagi.

"Eh kau keluarlah. Kitorang taknak bunuh pun, kitorang suruh keluar je"
"Ha ah... Dah la jahat dengan Nabi, dengan kitorang yang lemah pun jahat"
"Kalau kitorang lelaki dah lama kitorang amik kau campak keluar"

Agaknya cicak tu pun ingat kami berdua roomates ni sewel. Yang pelik ekor dia naik makin tinggi. Marah betul dia, tercabar agaknya.HAHAHA.


Hah cenggini la ekor dia tadi. Pandang kitorang, senyap je. Marah betul dia.

Pastu dah dua orang penakut padahal badan besar gedabak ni tak tahu nak buat apa dah, terpaksa aku lari ke bilik kawan, pergi panggil bantuan. Gila pathetic.

Akhirnya cicak durjana selamat ditamatkan riwayatnya dengan kuasa penyapu kawan kitorang.
The end.

Meletihkan -.-

Bilik diserang cicak

Apa beza lelaki dengan pengkid?

Entry suka-suka. Ini adalah pendapat peribadi saya. Kalau tak sama dengan awak itu masalah awak. :D

Assalamualaikum.

Haha. Gelagat akhir zaman, aku scroll-scroll fb jumpa post pasangan gay. Aku scroll-scroll wechat jumpa post pasangan lesbian aka abam pengkid. Aku pun tak tahu celah mana aku terfriend dengan mereka ni.

Tapi aku kan suka observe and buat kesimpulan. Observe, analyse, conclude. Orang sains katakan.. Ceish.

Takdelah, aku baca status2 pengkid ni, naik seram bulu tekak aku *eh tekak ada bulu ke?* . Tapi aku dapat conclude la apa yang orang bercinta dengan lelaki jarang nak dapat , or takkan mungkin dapat, sebab memang dah fitrah lelaki dan perempuan tu kan berbeza.

Bila awek dia menangis.
Pengkid - Gelabah gila, siap post gambar menangis bersama. Pujuk kemain kau. Peluk-peluk pujuk. Geli pulak aku.
Lelaki   - Suruh awek dia stop nangis pastu bagi solution2 utk selesaikan masalah awek dia.

Status fb,wechat,tuider
Pengkid - Kejap2 post status "Bini kesayangan saya tengah makan aiskrim , sexy lips dia, awww" . Kejap2 post status, "Bini kesayangan saya tengah berak,teman dia dalam toilet ni"
Lelaki - .......... Kalau dating pegang henset tu maknanya dia tengak men game, Takde maknanya nak post2 status setiap masa -.-

Overnight
Pengkid - Dengan girlfriend sesuka hati sesedap rasa lah nak g tidur hotel ke apa ke. Perempuan dengan 'perempuan'. Tanpa rasa bersalah check in hotel.
Lelaki - Memang taklah nak check in hotel dengan girlfriend. Sape tak sayang girlfriend. Kalau jenis check in dengan alasan tak suka girlfriend dia tidur merata-rata, tapi dia check in satu bilik je, fikir balik lah girls. Sah-sah dia tak sayang kau sebenarnya.

Merajuk
Pengkid - Merajuk kalah perempuan. Eh dia kan perempuan. Manja sangat. Sikit-sikit tacing tarik muka, naik status fb patah hati lah, kecewa la, nak bunuh diri la, sensitif sangat.
Lelaki - Takde maknanya merajuk. Kalau marah sentap kejap pastu okay balik . yang pasti lelaki takkan naik status kecewa2 patah hati tulah.HAHAHA tu perangai pompuan.

Okaylah kang aku kena maki lagi. Dulu aku pernah post gak entry pasal pengkid dan lelaki. HAHAHAHA. Ramai para pengkid dengan identiti anonymous marah. Sorry la, saya memang tak faham T_T, Tapi awak pun kena faham, cinta sejenis ni dilaknat Allah.

Bye. 



Burger Warna Warni

Assalamualaikum.

Trend ke tak trend ke aku memang suka makanan berwarna warni & Burger. Dari kuih puteri mandi, apam polkadot, kek lapis sarawak, sampailah ke macaron. Burger pulak memang feveret ever after la , dari burger gerai abang rock kapak jual malam-malam sambil melalak, burger bakar, burger kukus , burgerbyte , semua aku try.

Dah sekarang trend burger yang rotinya berwarna warni. Perfect!

Taraaa...



Aku beli dekat Dataran Cendekia (DC) Uitm Shah Alam. Murah nak mam harga burger double Rm3.50. Hiuhiu. Roti tu ada perasa, cth koko rasa chocolate, pink rasa strawberi, yellow rasa pisang. 

Try lah.

Kalau ongkaye boleh je order yang delivery, warna warni dan yang pastinya mestilah rasa yang lagi dasyat kebabom. Burger mushroom la pebende lagi cuba google sendiri.Kehkeh.

Bye~

Cara Basuh Baju Student

Assalamualaikum.

Hi korang. Gua sekarang ni dah jadi wanita mithali sangat tauu basuh baju guna tangan. Ni semua gara-gara bilik tingkat 5 tak larat nak turun bawah bawak baju kotor basuh guna mesin. 

Oleh sebab manja + mengada-ngada, aku tak pernah tau basuh baju tak guna mesin ni. T_T . Kadang2 pun sebab jeans taknak bagi kaler turun kena baju lain. So aku agak gelabah la sebab lepas ni basuh baju guna tangan dah kena jadi lifestyle aku. OMAGOD!

Setelah research dengan encik google dan kecewa. Ada ke patut dia suruh aku masuk bilik air pakai baju lengkap pastu sabun-sabun sekali baju, pastu buka dan sidai. Cis. Terkono den. 

Aku pun call mama and tanya kawan-kawan pro yang selalu basuh baju kat toilet tu beberapa tips. 

Tips yang aku dapat :

1. Jangan kumpul baju banyak-banyak. Setiap hari basuh baju
2. Letak sabun dalam baldi lepastu letak air baru ada buih.
3. Lepas berus dan bilas, rendam dalam softlan, downy, daia or apa2 pelembut yang wangi.
4. Esok pagi bangun subuh terus sidai baju tu.

Done.

T_T

Yang benar,
Anak dara tak patut dibuat bini.


"meng"ulat buku

Hi Assalamualaikum.

Aku sekarang dalam usaha "Mengulat buku" kan diri sendiri. HAHA. Kemain berderet buku-buku ilmiah dan tidak ilmiah kat atas meja.

Oh diri tolonglah rajin.

Oleh sebab baru minggu kedua kuliah, tak busy, Pinjam novel dari library. Sebab kalau novel aku jenis tak mengulang baca banyak kali so rugi kalau beli. Library kan ada, kalau bukan kat kampus, Library Kulim lah tempat serang kalau mood nak baca novel tu datang. Adik aku yelah bersusun novel dalam rak. 

Satu novel yang menarik kali ni, 'Cinta Segi Lima'. Penulis H.M Tuah Iskandar. This is my first time baca karya seorang lelaki. Yelah selama ni tak dapat hidayah lagi, duk layan novel penulis wanita yang mendayu dayu kisah cinta aje ,kehkeh. By the way aku memang peminat H.M Tuah Iskandar sejak dulu lagi, sebab aku suka baca motivasi beliau dalam Majalah Mingguan Wanita mak aku beli. Paling terkesan kisah anak yang takut nak tanya ibu dia , bancuh air teh tapis guna pemukul lalat dalam jamban.HAHAHA



Novel ni tak lah berkisar cinta sangat. Banyak berkisarkan seorang lelaki yang bernama Jamjuri, muda, dan sangat berjaya. So bila orang MELAYU ni berjaya, akan ada jugalah orang MELAYU yang nak jatuhkan. Pathetic . Tapi realiti bangsa kitalah.

Tapi tak habis baca lagi. Tak sabar nak tahu ending. 

Perfect


Yang Terpuji , Sempurna .




My own mobile hotspot

Assalamualaikum.

Hi guys . Kaifahaluka (apa khabar) ?

Thanks to Mama and Abah sebab izinkan beli my own mobile hotspot. Yelah kat Kolej penginapan ni mana nak ada wifi, Pilah ada ler. So susah sangat nak buat lab report. Tadi time kelas Method pun doctor ade pesan kalau boleh bawa broadband and laptop ke dry lab nanti, kawan-kawan memang ada tapi taknak susahkan orang.

So after discuss dengan mama and abah, mula-mula pikir nak beli Maxis sebab no contract and just RM68 for 8gb. Tapi kena bayar RM150 dulu first. Lagipun line Maxis kat Kolej Uitm Shah Alam boleh tahan slownya, so aku decide nak beli Yes 4G.

Yes 4G ni before GST takde bayaran pendahuluan yang RM100++ tu, promosi beb. Terus bayar bulanan jer. Pakej student. RM68 for 4GB. Lagipun aku bukan kaki youtube or download bukan-bukan, just nak wiki je,kehkeh, berbaloi la sebab laju and unlimited.

Klik untuk tumbesaran
Taraaa , cute kan bentuk huddle aku. Kecik dan boleh bawak kemana-mana. 

Harap aku jadi lebih productive semester ni. Doakan untuk Noor Maizan Mohd Fauzi dekan yer.

Terima kasih. 

bye.

Congratulation

Assalamualaikum.

*Entry pilihan dari Buasir Otak
*Follow blog adik saya.

Tahniah my jantung pisang. Tamat diploma dengan rasminya sudah lepas final presentation semalam.

Cepat kejar gua.
Gua dah bosan degree sorang-sorang.
.
.
.
.
.
.
Sorry awak konvo nanti saya tak dapat pergi UTM . Maybe saya tengah berperang dengan final exam masa tu.

Saya sayang dan bangga dengan awak.


Dah tak flawless~


Haritu muka bebas cela taknak pegi buat IC baru.
Sekarang naik jerawat bengong ni macam mana nak g buat IC. Tak cutelahhhh.

Pakai jelah IC darjah 6 T_T