Cara Menghadapi Orang Suka Bawa Mulut

Fitnah Mengumpat

Ada orang dalam dunia ni memang tak senang duduk kalau tak bawa cerita negatif tentang orang lain. Sekilas pandangan dia terhadap orang lain, sisi negatif dianalis dulu, nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan ada sikap seperti itu. 

Sikap suka menjaja cerita orang lain dari mulut ke mulut ni tidak mengira umur, dari tua kerepot hingga ke muda jelita, kalau perangai busuk di tidak dibuang jauh-jauh memanglah senang nak jadi tabiat. 

Kalau cerita kita yang dibawa mulut ke mulut tu, ditokok tambah fitnah penyedap kisah, normallah untuk kita rasa marah, rasa geram dan sedih kan. Tapi jangan biarkan perasaan kita tu tidak terkawal hingga mengheret kita jadi sama macam si polan pembawa cerita itu. 

Sumber 
Diam, ya diam adalah salah satu cara untuk menghadapi orang yang suka bawa mulut ni. Sebab kalau kita balas perbuatan dia, apa bezanya kita dengan dia. Walaupun dia adalah cara yang terbaik, tapi rasa sedih dan tak puas hati itu mesti masih bersarang dalam diri kita kan? Jadi bagaimana?

Kenal pasti kenapa mereka begitu. 

KENAPA WUJUD ORANG SUKA MEMBAWA MULUT? 

Selalunya orang yang gemar menjaja cerita hidup orang lain ni adalah beberapa sebab mereka sendiri. Contohnya:

01. Hidup mereka tidak menarik dan bahagia
Sebab hidup mereka tidak menarik, dan tiada rasa bahagia dalam diri mereka. Sebab itulah hidup mereka sentiasa rasa kekosongan dan tidak lengkap. Bila asyik rasa kekosongan tu mula la rasa tak puas hati dengan hidup orang lain yang lebih menarik dari dia. One word, kesian. 

02. Tidak cukup kasih sayang 
Orang yang hidupnya tidak cukup kasih sayang selalunya memang cenderung untuk mengata orang lain. Tak tahulah faktor apa, jealous mungkin? 

03. Tidak taat pada agama 
Bukan nak menuduh, kalau dia betul taat pada agama, patuh pada suruhan Tuhan, dia takkan sibuk-sibuk mencanang kisah hidup orang lain, betul atau tidak, sebab tiada manfaat pun perkara tu. Duduk rumah buat cucur keria pun kenyang kan? Ini tidak, susah payah pergi rumah orang cari geng atau bergayut kat telefon menghabiskan kredit telefon orang untuk ajak makan daging saudara sendiri. Ish ish ish, awat hang lagu tuuuu?

04. Entah, dah memang hobi
Yang ni paling kronik. Kalau tak menjaja cerita orang sehari rasa merenyam seluruh badan, allergi, hahaha. Jangan awak, harini mengata hidup orang, esok belum tentu milik kita. Hari ini sedihkan hati orang, esok belum tentu kita pun ketawa. 

Tak kira lah apa sebab pun yang membuat mereka jadi seorang yang suka membawa mulut + fitnah, perbuatan itu tetap salah dan menyakiti perasaan orang lain. Apa perlu buat kalau kita pula yang jadi mangsa orang-orang yang suka membawa mulut ni. 

CARA MENGHADAPI ORANG SUKA BAWA MULUT 

01. Diam
Diam memanglah langkah terbaik untuk melayan orang seperti ini. Tidak guna berbalas perbuatan, serahlah pada Tuhan dan diam. Insya Allah nanti dia akan penat dan berhenti sendiri. 

02. Terima Kenyataan Bukan Semua Orang Akan Suka Kita & Kita Tak Dapat Kontrol Situasi Ini.
Yes, kalau hanya berdiam diri, hati kita takkan pulih dari sakitnya rasa itu. Kita dapat kurangkan rasa tidak puas hati kita dengan cara cuba untuk terima kenyataan yang bukan semua orang akan suka kita kan, dan semua ni out of our control.

Kalau semua orang terima je kita boring juga hidup ni, tiadalah peningkatan kan. Tapi itulah kita memang terima kenyataan bukan semua orang suka kita dan pendapat kita. 

Sayangnya bukan semua orang juga berani untuk mengaku itu depan muka kita. Weh? Kenapa tak cakap depan depan kalau tidak setuju, nak juga bagitahu jiran, classmate, housemate, makcik cleaner, tukang kebun, update status, twitter, etc semua pasal betapa tak best nya kita ni tapi tak berani nak cakap depan hidung kita.

Tak bijak betul.

Kita kena faham sendiri lah yang kita tak dapat kontrol apa yang orang rasa dan apa yang orang nak buat dekat kita. Adalah okay untuk rasa sedih, tapi jangan menyerah dan putus asa dalam hidup. 

03. Bergaul dengan orang positif dan percaya kan kita.
Jauhkan diri daripada orang-orang yang suka membawa mulut ni, kalau mula-mula lagi kita dah pernah dengar dia bawa mulut pasal orang lain, lebih baik jangan percaya dah orang macam tu sebab 99.99% kemungkinan kita akan jadi mangsa seterusnya, muahahaha. 

Ramai lagi orang terdekat yang positif dan percayakan kita lebih dari segalanya kan? Lebih baik luangkan lebih masa menghargai orang seperti ini daripada buang masa kita memikirkan orang yang suka membuat kita sedih. 

04. Bersyukur
Kenapa bersyukur? Kerana daripada situasi macam ni kita boleh tahu ada pandangan dia terhadap kita, jadi blah je dari hidup dia, tak adalah kita buang masa je buat baik dengan orang macam tu. 

Bersyukur sebab dari situasi macam ni juga kita nampak siapa yang percaya dengan kita walau apa pun cerita negatif datang bertandang.

Dan bersyukur dengan pengajaran dalam hidup yang mahal ni. Pengalaman yang mengajar kita rasa sabar untuk handle manusia macam tu, untuk sabar dengan semua dugaan. 

Ingatlah, ada dua sebab manusia datang dalam hidup kita, they are either a blessing or a lesson. 

Jadi korang pernah tak jadi mangsa orang yang suka membawa mulut ni? Apa yang korang buat untuk bangkit dari patah hati begini? Share lah :D


Follow

Post a Comment

20 Comments

  1. Lagi satu sebab dia nampak kita lebih dari dia 😀.

    So ignore jer org2 mcm nie. Lama2 dia diam sendiri kan Mai. Lama2 org akan tau siapa betul siapa salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah betul nak berhadapan orang mcm ni, serba tak kena. Hahaha, betul tu kak ana, ignore jelah patut diorang ni.

      Delete
  2. Perkongsian yang menarik Mai..

    ReplyDelete
  3. Mintak dijauhkan daripada menjadi tabiat kita.
    dan kita dihindarkan daripada orang2 yang suka bawa mulut.

    ReplyDelete
  4. Erm.. Hana dapat diam ja. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh hana,,, lamanya tak tengok blog hana, rindu pula.

      Hihih tu la diam lah selagi mampu...

      Delete
  5. ada..dia tu ex boss dan jugak kawan..memula agak pedih tapi dh dia mmg mcm tu..kesian jugak kat dia ni..long story sebenarnya..semoga dia berubah

    ReplyDelete
  6. kalau kita memang ignore je jenis orang yg suka bawa mulut, malas nak buat muka manis depan dia kalau hati tengah sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, mai tak pandai berpura2 juga, kalau sakit hati susah betul nak senyum,haha

      Delete
  7. susah sbenarnya nak hadapi org mcm ni. kena banyak bersabar. huhu. maklum lah dorang kurang kasih sayang. sbb tu meracau tak tentu pasal. haha. apapun diam mungkin cara yg terbaik nak mngadap org mcm ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cakap busyra, diorang terpaksa mencari kebahagiaan dengan bercakap keburukan orang lain.. huhuhu.diam mungkin cara yg terbaik nak mngadap org mcm ni..

      Delete
  8. Siqah suka diam je.. kalau nak membebel pun dalam diari jela. Malas nak layan orang begitu, kalau dilayan, lagi menjadi pulak nanti..

    Dorang cerita hal buruk, kita juga yang bahagia 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm betul juga tu, kalau dilayan makin seronok diorang...

      Delete
  9. Dengki dan Hobi tu memang point yang sangat tepat... Cuba sesekali counter attack. Tengok terdiam tak orang tu.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau dah habis limit sabar nanti parah org tu. keekeke... :P

      Delete
  10. diam je lah bila kena macam ni. makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak. ditambah dengan yang jenis suka memerli bila dengar cerita tak elok pasal orang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu geng dia la, kalau takda pendengar takdelah pencerita... :P ... diam dan jauhi je kuncinya.

      Delete