Hadiah Pengomen Terbanyak Blog Izzati Suhaide


Assalamualaikum.

Hi, Hadiah ni dah lama tau dapat tapi diperam je tak buat review lagi, hahaha. Firstly nak ucapkan terima kasihlah kepada Kak Zati, pemilik blog Izzati Suhaide kerana sudi memberi hadiah untuk Mai. Semoga murah rezeki Kak Zati. Hadiahnya adalah seperti dalam gambar diatas, Nivea Makeup Starter~! Yippie.

So best tak Nivea Make-up starter ni bagi aku? Ini adalah pertama kali aku ada make-up starter, sebelum ni tak pernah kisah pun terus je bedal letak Doll Skin Foundation by ST je terus lepastu pakai bedak Miami. (Iklan jap, kalau korang nak barang Sendayu Tinggi yang confirm berkualiti dan best giler dengan harga murah boleh follow kat ravishingobsession BLOG and INSTAGRAM).

Yang best sangat pasal Nivea Make-up starter ni bagi aku kan, yang buat aku tertarik dan jatuh cinta sangat sebab bau dia wangi. Hahaha, amendenya lah aku ni nak krim muka wangi, tapi serius lah memang wangi dia menyenangkan dan tahan lama, tapi tak sampai sakit hidung. Sayangnya takde sapa nak cium pipi aku yang wangi ni. Kehkehkeh.

Selain tu make-up starter ni best sebab dia meresap cepat je kedalam kulit muka, takda kesan tompok putih-putih ke apa. Sebab kulit muka aku ni separuh berminyak separuh kering sampai macam mengelupas tu, so kalau tepek salah krim nanti jadi bercapuk tak cantik. So don't worry kalau korang ada problem yang sama, make-up starter ni sesuai untuk korang juga tau.

Tapi bagi aku Nivea Make-up Starter ni takdalah berkesan untuk kekalkan makeup kat muka pada masa yang lama pun. Mungkin bukan function dia kot, hahaha, aku pun tak tahu sangat pasal makeup ni. Hahaha, yang pasti function Make-up starter ni adalah dapat merawat kulit kusam punca dari make-up selalu. Yang ni best~! Glowing kan muka secara semulajadi. 

Jadi aku share dengan adik aku sebab dia gegeh sangat duk merayu nak pakai kan, hahahaha. Redho jelah. Nah belanja gambar satu!

Makeup starter - Nivea
Foundation - Dollskin by Sendayu Tinggi
Bedak - Miami (AKU), Maybelline loose powder (DIA)
Lipstick - Tak tau la jenama beli RM8 kat Kenanga Wholesale City, hahahaha.

A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on





Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. Tahniah... Adik pun tumpang sekali... :-)

    ReplyDelete
  2. Cantik mekap awak dgn adik awak, Cik Mai.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple2 je ni kak Shikin, terima kasih <3

      Delete
  3. alhamdulillah rezeki =D mmg comel adik bradik ni, tmbh sweet lg la dgn produk nivea ni =D

    ReplyDelete
  4. eh eh ternampak ravishing obsession kat situ :3 thanks mai! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, semoga bisnes berkembang maju, nanti next beli bleh la beli ngan Mellya. haha

      Delete
  5. Wah!! Bestnya..
    Tahniah Mai!!

    ReplyDelete