Aku VS Hyperthyroid

Hyperthyroid

Pasti ramai yang tidak pernah dengar, ataupun tidak pernah ambil tahu tentang thyroid kan. Begitulah aku sebelum aku sendiri yang disahkan menghadapi masalah dengan hormon thyroid yang berlebihan, atau lebih dikenali sebagai hyperthyroid.

APA ITU THYROID?
Thyroid/tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama (now you can relate with the black butterflies in my blog header,lol) yang terletak di leher kita. Tugasnya merembeskan hormon thyroid yang fungsinya mengawal metabolism tubuh kita. 

PENYAKIT THYROID? 
Penyakit thyroid terjadi apabila hormon thyroid terlebih produce (hyperthyroidism), ataupun terkurang produce (hypothyroidsm), grave disease, dan juga kadang-kadang melarat hingga terjadinya kanser thyroid (nauzubillahiminzalik). 

BAGAIMANA AKU DAPAT DETECT PENYAKIT INI?
Sebelum ini, aku memang sudah terbiasa drive kereta Perodua Viva (manual) ku itu ulang alik dari Kuala Lumpur/Negeri Sembilan ke rumahku di Kulim Kedah. Aku dapat detect ada sesuatu yang tidak kena dengan diri aku pada semester 4 pengajian degreeku semasa aku drive dari Kulim ke Shah Alam. Sebaik sahaja sampai di Shah Alam, aku tidak dapat mengawal kaki kiriku  (yang digunakan untuk tekan cluch) dengan betul kerana tremor (shaking) yang sangat teruk. Mujur terjadi setelah aku sampai ke dalam UiTM, bukan di atas highway. Alhamdulillah, thank you Allah!

Beberapa hari kemudian, aku pergi ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam untuk bertanyakan masalahku pada doktor. Disitu doktor membuat pemeriksaan dan mendapati bukan sahaja kaki, malah tanganku juga mengalami tremor yang agak dasyat. Patutlah selama ini aku menghadapi kesukaran semasa membuat kerja makmal yang memerlukan tahap accuracy yang tinggi. Doktor mengambil sampel darahku untuk diperiksa.

Keesokan harinya aku pergi ke Pusat Kesihatan itu semula untuk mengambil keputusan darah tersebut. Doktor agak terkejut dengan bacaan thyroidku yang agak melampau tingginya itu. Kalau doktor pun terkejut, apatah lagi aku yang menghadapinya ini. 

Hyperthyroid
Simptom-simptom Hyperthyroid

SIMPTOM-SIMPTOM HYPERTHYROID?

01. Bulging Eyes
Kebanyakan penghidap hyperthyroid akan mengalami masalah mata seperti mahu terbojol keluar. Lain pula dengan kes aku, doktor pernah beberapa kali tak puas hati dengan mata aku, walaupun aku cakap ni bukan simptom, mata aku memang jenis bulat dan terbeliak,hahaha.

02. Goiter
Tipulah kalau cakap tak ada bengkak langsung di leher aku. Alhamdulillah, mujur tidak obvious sangat. 

03. Swelling
Aku tiada masalah bengkak-bengkak. Alhamdulillah.

04. Increase Palpitation
Yes! Aku senang diserang panic attact. Pernah satu ketika masa presentation FYP, aku tak gementar langsung, siap bergurau dengan panel. Tapi panel tanya "Are you nervous?" kerana suara aku yang mula bergetar dan nafas yang tidak keruan. Damn!

05. Hand Tremor
Yes! Aku tak suka hand tremor, gambar yang aku ambil semua buruk. 

06. Hunger
Yeay! Aku happy sebab boleh makan macam saka, tetapi badan susah naik. Sebab metabolism aku tinggi, aku tidak diet tapi turun +- 20 KG. Best kan? Hahaha. 

07. Breathing Problem
Biasalah bila semput berlari ke, mendaki ke, exercise ke tu. Tapi kalau tiba-tiba tak boleh nafas tak pernah pula jadi.

08. Mood Swing
Cepat marah, tapi cepat je sejuk kalau orang buat salah tu minta maaf. Haha. (Aku tak pernah marah tanpa sebab @ kerana sebab remeh macam lambat ambil or tak balas chat ke hape ke)

09. Weight Loss
Kekeke yang ni pun aku suka!

10. Hair lost
Hahaha sudahlah rambut aku jenis halus dan nipis, aigoooo, seram oh kalau ternampak kulit kepala,kekekeke. Tapi tak jadi lagi la,alhamdulillah.

Aku rasa aku skor 6/10 dari semua simptom ni, hehehe. Amacam, sekarang korang dah jelas la kan serba sedikit tentang thyroid ni... Doakan aku cepat sembuh ye, takda siapa suka pergi ambil darah setiap bulan kat hospital dan telan berbakul ubat setiap hari, huhuhu, tapi aku redho.

Boleh baca Jangan sekali-kali Mengatakan 5 Perkara Ini Kepada Pesakit Tiroid untuk kenali pesakit thyroid dengan lebih dekat lagi, hehehe. 

Sesiapa yang ada masalah thyroid, jemputlah join group Tiroid dan Anda, banyak ilmu dan semangat boleh diserap dari group ini. Klik banner di bawah untuk join. 





Follow
Previous
Next Post »

33 Comments

Click here for Comments
Seorang Syed
admin
4/14/2017 9:43 PM ×

Part mata tu syed macam "ohhhh patutlah mata mai besar". Rupanya memang jenis macamtu hahaha. Baru tahu tiroid ni macam mana. Sebelum ni selalu dengar tapi tak tahu sangat. Thanks mai berkongsi artikel ni. Good one.

Reply
avatar
Eeca Shyaa
admin
4/14/2017 9:59 PM ×

baru tahu apa tu thyroid. hmm. semoga cepat sembuh sis!

Reply
avatar
SHAF NAJMI
admin
4/14/2017 10:30 PM ×

Ya robb, moga kuat & cepat sembuh Mai. Seriously benda paling takut kalau dapat tahu apa penyakit kita dr doktor kan.

Moga baik-baik saja Mai. 😳

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
4/14/2017 11:06 PM ×

InsyaAllah boleh sembuh...jaga pemakanan...

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
4/14/2017 11:50 PM ×

Semoga cepat sembuh Mai. Setiap dari kita ada bahagiannya yang tersendiri.

Pusat kesihatan tu tempat kak ana buat scaling kali pertama. Hehe

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
4/15/2017 12:02 AM ×

Bila baca part mata tu terus tergelak. Hehe sorryyy Mai.

Selalu je dengar pasal thyroid ni, tapi tahu yang bengkak dekat leher tu jerlah. Simptom2 lain tak pernah tau pulak. Part boleh makan banyak tapi susah nak naik berat tu samalaa kita. Haha :P

Reply
avatar
I am LZ
admin
4/15/2017 12:21 AM ×

Semoga tiada yg serious dan Mai baik2 sahaja..
Aminnn...

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
4/15/2017 12:30 AM ×

Pernah dengar perkataan 'thyroid' tu. Tapi bab rama2 tu, yg sy tau rama2 di perut 😂 Semoga Allah memberi kesembuhan buat Mai ☺

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:30 AM ×

Ngeh ngeh ngen,, jangan ada yang takut kena jelingan maut ni dah. hahahaha. Tu la Mai dulu tak pernah ambil tahu langsung. Hehehehe. Harap berinformasi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:31 AM ×

Aamiin, terima kasih Shaf. Betul, tak sangka dalam family kita sorang ja kena macam ni, mmg terkejut, tapi last2 terimalah hakikat.

InsyaAllah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:32 AM ×

InsyaAllah kak. terima kasih :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:36 AM ×

Aamiin.. terima kasih kak Ana.

Eh mai tak pernah try rawat gigi kat situ, hehehe, ruginyaaa.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:37 AM ×

Hehehe... tu la, mata oh mata...

Banyak lagi, bengkak kat leher tu kita paling ringan la..sebab tak kacau aktiviti seharian..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 12:39 AM ×

Aamiin. terima kasih kak Lz <3

Reply
avatar
4/15/2017 2:44 PM ×

Thyroid? Selalu jugak dengar sebab ada beberapa kenalan ira ada penyakit ni. Simptom yang ira selalu tahu kalau demam je memang menyakitkan si pesakit sebab "rama-rama" tu akan membesar? I'm right. Rasanya kawan ada bagitahu ada cara kalau nak ubati. Keadah laser ? Tapi Ira tak tahu detail lah pulak. Moga baik-baik saja ye :)

Reply
avatar
Jia Rizaira
admin
4/15/2017 4:45 PM ×

Bahaya juga kalau jadi kat tengah jalan. Mujur dah sampai UiTM.

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
4/15/2017 6:44 PM ×

Baru Siqah faham mengenai penyakit ni.. Semoga cepat sembuh Mai. Jaga diri baik-baik ye..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 6:52 PM ×

Hehehe bentuk dia seakan-akan rama-rama. Oppps rama rama di perut tu jarang terjadiii,kecualilah bila Mr.Right didepan mata. cewahhh.

thank you Adieb.aamiin.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 6:53 PM ×

Betul, perit kat situ...Tak tahu pula pasal kaedah laser tu, macam menarik..
terima kasih Ira :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 6:54 PM ×

Betul, time tu bacaan hormon tinggi sangat, puncanya penat je terus jadi teruk...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/15/2017 6:56 PM ×

Semoga bermanfaat, hihihi. Aamiin. terima kasih <3

Reply
avatar
Lulu Matzam
admin
4/16/2017 12:49 AM ×

Ingatkan tyriod ni sakit yg biasa2 saja...baru akak faham, sebenarnya sakit ni kita kena faham dan ada support group kan, baru lebih rileks nak hadapinya kan

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/16/2017 1:21 AM ×

Setujuuuuuu sangat sis... Memang perlukan support group, hanya orang menghadapinya mampu memahami..

Reply
avatar
Cik Tie
admin
4/16/2017 5:22 PM ×

Jaga pemakanan ya mai

Reply
avatar
4/17/2017 7:02 PM ×

Walaupun diuji mai masih memandang pada kebaikan..
Keep it up girl..
You are strong..
Semoga akan semakin sihat..

Reply
avatar
4/18/2017 1:44 PM ×

Part 6 tu mmg Umi jeles haha...
teringat seorg kwn Umi tu aa thyroid dan ada goiter dan bila dia bercakap mcm biasa pun mcm ada alien nak keluar kat leher dia..kesian tapi x tau apa cerita kwn Umi ni..
Doa Umi semoga Mai sihat dan perhaps dapat sembuh dr hyperthyroid ni

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
4/18/2017 10:37 PM ×

Kena search di google ni nak tengok rama2 hyroid 😏

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/19/2017 12:26 AM ×

I'm trying kak Sha :)

Terima kasih kata-kata semangat. Aamiin...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/19/2017 12:27 AM ×

Heehehehhe, tu la, susah nk jadi macam ni.. ye ke Umi, teruk kalau mcm tu..kesian...

aamiin,, aamiin ya rabbal alamin..

Reply
avatar
Irda Garmin
admin
4/23/2017 9:31 PM ×

info yang sangat menarik ni mai..take care my dear

Reply
avatar
Mummy Julia
admin
6/12/2017 10:36 AM ×

Hah.. Cara kita sama ditemukan dengan Hypertyroid.. Kaki Menggigil sgt2 sampai tak boleh bawa kereta.. Paling teruk waktu mummy masuk gua, pastu nak panjat akar.. kaki shacking dengan teruk sekali.. Kawan2 semua risau takut mummy jatuh.. Syukur Alhamdullilah tak jadi apa2.. Buat masa ni stop kejap dr aktiviti lasak.. MOga kita sama2 cepat sembuh ok.. Amin

Reply
avatar