Keep Calm and I'm Officially Graduated!

Bachelor Degree Biomolecular Science

Alhamdulillah...Tak terhitung betapa bersyukurnya aku diberi peluang sekali lagi untuk menjemput parents tercinta ke majlis konvokesyenku kali kedua ini. Dan terima kasih juga untuk setiap bait-bait doa mama dan abah yang menolak langkahku di menara gading ini. Tanpa mereka aku tidak mungkin dapat merasai memakai jubah kebanggaan ini. 

DIARY KONVO 17 APRIL 2017


0800 - Ampang, rumah kakak.

Makeup KonvokesyenOleh kerana semua barang penting aku dah siapkan dari semalam, jadi aku pun tak tahu nak buat apa pagi tu. Yelah, majlis bermula pukul 1.30 (tapi 12.30 kena masuk dah), takkan lah aku nak makeup pukul 8 pagi kot kan.Konflik sungguh, tapi last-last aku makeup juga pagi tu.

Nasib baik adik aku +Yana Jie sudi tolong guide aku make-up pagi tu. Guide je okay, aku buat sendiri, hahahaha. Lepas aku dah siap makeup, kami pun duk uli Adryan dulu sebab kakak aku kata jangan keluar awal sangat, nanti tersekat dengan jammed orang nak pergi kerja, maklumlah KL.


Pukul 10 mama dah bunyi siren ajak keluar dah. So aku pun selfie dengan Adryan sedas before kami hantar dia ke rumah pengasuh. (Kakak dah nak hantar masa dia keluar pergi kerja tapi kami tak puas uli dia lagi).


1030  - Gerak Shah Alam

Perjalanan dari Ampang ke Shah Alam lebih kurang 40 minit je abah drive. Aku lah tu si penjaga GPS sebab mama tak mau tengok, takut salah. Hahaha. Nasib baik masa aku jaga adalah reroute (baca :sesat) sekali je dan tak jejas jarak tapi aku buat-buat tenang takut abah sedar. ahahaha.
Adik bongsuku Syahmina + anak buah yang setia mengikut kemana saja Aamily Chacha

Bukan apa nanti kalau sesat, abah stress aku pun takut tak boleh masuk dewan kalau lambat sangat sampai. Jalan KL biasalah, salah simpang ja mampus takboleh u-turn.

1115  - Shah Alam

Kami sampai ke Shah Alam, yeayy! 
Abah lapaq, aku pun tak tau nak recommend kedai mana, last-last aku tunjuk kedai yang aku selalu lepak dengan roomate aku jelah, Deli Thai Seksyen 7. 
Alaa students UiTM Shah Alam mesti tau punya, lauk sedap, dan murah. Abah pun kata murah. Kami makan 6 orang pun RM40 lebih je termasuk air, lauk jangan cakap la adik-adik aku jenis ambil tudiaaaa penuh pinggan semua depa nak rasa.
So students yang jenis berjimat, pergilah ke Deli Thai, lauk aku dulu + air tak pernah lebih RM6.

1200  - Hotel 

Abah tinggalkan aku & mama untuk check-in hotel untuk daily use sementara abah cari parking. So nasib kami baik sebab ada bilik kosong kat Hotel EV World Seksyen 7. Mama pun setuju dengan harga RM120 dari 12 tengah hari sampai 6 petang. Lepastu kami masuk letak barang. Adik-adik aku Yana & Syahmina ditinggalkan di hotel dengan anak-anak buah kami, Dania & Keisha sebab kalau dorang ikut pun bukan boleh masuk dalam dewan. 
Penat dan panas dan serabut pulak tu kat luar. So biarlah dorang enjoy kat hotel tu tengok cartoon. 

1215  - Naik Bas

Aku, mama & abah menapak pergi ke belakang hotel tu untuk naik bas UiTM. Perghhh nak pengsan kami tengok barisan panjang. Tengah duk beratur tu, tiba-tiba ada announcement suruh graduan naik dulu, parents kemudian.
Sedihnyaa kena berpisah dengan parents. Sobs sobs. Dan kesian mama abah kena tunggu bas seterusnya. Apalah guna sticker kereta tu padahal tak boleh bawa masuk kereta, ceh.
Sampai ke Fakulti, aku cari kawan aku tapi sorang pun tak jumpa, alahai. Berpusing-pusing aku cari tempat nak beratur (ikut number giliran). 

1330 - Masuk Ke Dewan

Masuk ke dewan dan tunggulah giliran untuk naik ke pentas dengan perasaan cuak dan dupdapdupdap. Padahal dah kali kedua tapi perasaan itu masih real. Cewahh.

Apapun majlis bermula lambat giler...Kena upgrade sikit ni ketepatan masa majlis tu. Opps. 

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Aku diapit oleh Noor Aisyah dan Noor Yussuf. Rare kan nama kami, N-O-O-R. Terima kasih mama sebab tabah menunggu nama adek yang keratus ratus untuk bagitau abah yang dah tertidur dah tu untuk tolong rakamkan.

Hahahahaha.

Keep Calm and I'm Officially Graduated!
Yeay! I did it!

1810 - Majlis Bersurai

Astaghfirullah hal azim, masa ni aku berapa kali mengucap panjang menahan geram dan tidak keruan sebab ucapan penutup yang telalu panjang. Seriuslaaa panjang sangat...

Lepastu siap ingatkan hantar jubah BEFORE pukul 7 malam. Adoi kami bukan orang KL nak tunggu sampai esok semata-mata nak hantar jubah. Memang aku panas hati la masa ni.

Aku keluar dewan berlari dengan high heels 4 inci lebih aku mencari mama & abah. Time ni la bateri phone nak mampus. Aku buat muka tak malu pinjam phone waris entah sape sape yang kat meja tu untuk call abah, tapi tak dapat, time tu nak menangis ada, nak mengamuk ada. (mengamuk kat sapa pun taktau, hahahaha).

Aku pun berlari pusing tempat tu, ada la 5 round tapi tak ada rezeki nak jumpa mama. Aku ingat mama dah balik sebab nak check out hotel. Aku tengok jam dah 6.40 petang, matilah kalau aku tak sempat hantar jubah. Aku berlari naik tingkat atas dewan untuk pulangkan jubah dengan rasa kecewa yang amat sangat.

Masa pulangkan jubah tu aku dapat transkrip rasmi dan sijil ijazah sarjana muda aku.

1900 - Balik Hotel

Lepas pulangkan jubah aku balik dengan perasaan hampa. Tengok-tengok mama & abah tak balik hotel lagi. Aku apa lagi pinjam phone adik untuk call parents.

"Mama dah dalam bas ni cari hang tak jumpa dari tadi."

Sedihnyaaaa mama & abah mesti kecewa tak dapat gambar dengan aku memakai jubah. Sobs. Beberapa minit lepastu abah and mama pun masuk bilik dengan sejambak ros merah. Alahai sedihnyaaaa tak ada gambar proper.

Lepas sembahyang maghrib, mama check out hotel dengan tambahan RM20 sebab lambat. Kami pun bertolak balik ke kulim dalam pukul 8.30 malam dan sampai jam 12.40 tengah malam. Alhamdulillah semuanya selamat.

Parents love

Apapun aku sempat jugalah ambil sekeping dua gambar dengan parents & bunga walaupun dah tak berjubah lagi...

Alhamdulillah, walaupun huru hara sikit konvokesyen degree aku ni, aku bersyukur sebab masih ada mama dan abah disisiku.

Inilah cerita Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 dari persepsi seorang aku. Hihihihi. Sekarang dengan rasminya aku memegang ijazah sarjana muda (baca: kerja keras + doa parents yang hebat) Sains Biomolikul - Bsc. (Hons) Biomolecular Science.

Semoga aku akan dapat kerja yang diredhoi Allah dalam masa terdekat ini. Aamiin.

Terima kasih kerana membaca.




Follow
Previous
Next Post »

59 Comments

Click here for Comments
Kin Naz
admin
4/18/2017 9:55 PM ×

Macam-macam dugaan. Btw tahniah mai dah grad. Moga lepas ni dapat keje pulak ye

Reply
avatar
4/18/2017 10:02 PM ×

Wahhh tahniahhh buat awk.. Allahamdullilah dah dapat Convo. Semoga lepas ni, awk terus success :)

Reply
avatar
4/18/2017 10:04 PM ×

Tahniah Mai...boleh faham mcm mana perasaan Mai tu walau tak la sekalut Mai..kesian parents Mai tu tapi xper..tu la pengalaman jugak...

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
4/18/2017 10:30 PM ×

Congratulations Mai dah convo 🎉🌷🌷🌷

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
4/18/2017 10:47 PM ×

congrats dear ...antara kenangan terindah kan ...

Reply
avatar
4/18/2017 11:07 PM ×

Tahniah Mai, daj jadi graduan.
Cabaran lepas ini ialah untuk mencari pekerjaan (agak terbatas sekarang) yang sesuai.

Pakcik pun dah biasa kat UITM Shah Alam ni.
Anak dara pakcik belajar sampai master kat sini.

Reply
avatar
sviors
admin
4/18/2017 11:57 PM ×

Wah bestnya dah graduated! Tahniah Mai *hug*
Bulan 7 ni Rii pulak hahaha.

Reply
avatar
4/19/2017 12:18 AM ×

tahniah mayy! tak sabar rasanya nak graduate bila tengok orang lain graduate ^^


Lenne Zulkiflly Blog

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
4/19/2017 1:52 AM ×

Tahniah mai!! Good luck in your future undertaking!
Syed bulan 8 ni rasa tak sabar pula nak konvo hehehe.

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
4/19/2017 7:55 AM ×

Tahniah Mai. Dah bergelar graduan. Boleh lah jual resume lepas ni. Hehe.

Kak ana boleh byk crowdednya masa nak naik bas tu. Especially masa blk. Mana nk peganh bunga mana nak pegang beg mana nk pegang pemegang dlm bas. Huhu.

Reply
avatar
4/19/2017 7:58 AM ×

Tahniah Mayy~ excited tgok orgg graduate hahaha tp sy nie rasa mcm x nakhabis belajar lgi hahaha

Reply
avatar
ILA shafila
admin
4/19/2017 8:20 AM ×

Tahniah Mayy. Kita geng lah nama NOOR.
Semoga cepat dapat kerja.

Reply
avatar
nadhie wueen
admin
4/19/2017 8:23 AM ×

wahh tahniah mai. Alhamdulillah seronok kan bila dah grad :)

Reply
avatar
Ahmad Hasif
admin
4/19/2017 12:38 PM ×

tahniah.. syioknye bile mak dan abah dapat ikut sekali masa konvo tu.. :)

Reply
avatar
4/19/2017 1:17 PM ×

Tahniah Cik Mai kerana dah graduate.. Harap-harap dengan ilmu yang Cik Mai dapat akan mendapat keberkatan dari Allah.. =) Cantik mekap awak, ditambah dengan jambangan bunga, lagi menambahkan seri di wajah... hihi

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
4/19/2017 1:27 PM ×

Tahniahhh! Yeayy, dah grad. Alhamdulillah.. ;)

Memang waktu lepas habis majlis tu biasanya waktu yg sgt stressfull. Dgn ramai orangnya, dgn nak cari family kita. Pastu, kita pulak rasa bersalah tgk family kena brsesak2 dan brpanas2. Huhu

Reply
avatar
Flavnesz
admin
4/19/2017 4:08 PM ×

Jeles pulak tengok orang dah graduate.. huuu.. 😭 Anyways, Congrats Mai..!

Reply
avatar
4/19/2017 6:58 PM ×

Sebak baca. Faham perasaan tu, dapat bayang kekalutan tu. Papepun, alhamdulillah dah selamat konvo. My turn will be next month, harap-haraplah semuanya ok aje. Congrats again, Mai! You did it!!! :')

Reply
avatar
Amer Ridzuan
admin
4/19/2017 7:25 PM ×

Tahniah!!!!!!!. Sebagai seorang student bio jugak, Amer sangat berbangga dan kagum dengan kejayaan Mayyjie. Boleh dikatakan idola lah. All the best in the future!!!

Reply
avatar
4/19/2017 8:34 PM ×

cantik!! tahniah syg.. mcm mcm masalah yg kena hadap dgn masuk naik bas la. apa la. haha.. stress betul hritu kan..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:40 AM ×

Terima kasih kak Kinah...Aamiin..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:41 AM ×

Terima kasih Sis <3, alhamdulillah..Aamiin, aamiin.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:42 AM ×

Terima kasih Ummi. tu la tak sangka jadi haru biru macam tu (T_T),,,kesian parents berkorban macam macam tapi tak dapat bergambar dengan jubah.. InsyaAllah ada cara lain nak balas jasa, aamiin.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:45 AM ×

Thank you Dieb. hihihi...macehhh bagi bungee.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 4:10 AM ×

Thank you Mrs Pip. Betul..Rasa berbaloi segala penat lelah sebelum ini.

Reply
avatar
4/20/2017 6:36 AM ×

Alhamdulillah.. Tahniah Mai..
Dugaan sungguh ye..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 1:54 PM ×

Terima kasih pakcik.. InsyaAllah moga ada rezeki...

Hebatnyaaa sampai master. :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 1:56 PM ×

Terima kasih Svior *hug*.

Wahhh mesti eksaited kannn..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:26 PM ×

Terima kasih Lenne... Hihiihi nanti tibalah masanya tu ok, all the best!!!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:45 PM ×

Terima kasih Ella.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:47 PM ×

Thank you Cikgu Syed. Aamiin.

Bestnyaaa dapat kerja before grad... Tahniah balik. hahaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:49 PM ×

Terima kasih kak Ana, hihihi dah start dahh...

Serius kak Ana,, nak tergolek2 dalam bas masa balik, hahaha, tangan penuh. adeiii.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:50 PM ×

Hahahahaha habiskan cepat2 awak, nanti boleh naik pentas.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:51 PM ×

Terima kasih geng NOOR, hehhehehe.
Aamiin..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 2:57 PM ×

Thank you Nadhie :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:02 PM ×

Terima kasih sis :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:13 PM ×

Terima kasih, hehehe. Tu part paling best dalam memory konvo tu, alhamdulillah...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:14 PM ×

Terima kasih kak Shikin, aamiin...

hihihihi, tu la mekap sendiri, nasib baik menjadi hihihihi..thank you agaik akak. <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:16 PM ×

Terima kasih Fatihah, yeayyyy. alhamdulillah..

Betulll, lautan manusia nak kna redah tu T_TT

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:17 PM ×

nanti sampai masa awak pula nesz, hihihi. thank youuuuu!!!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:19 PM ×

Tu la, kesian parents, teruk betul pengurusan masa majlis tu. Thank yaaa... wahh dah dekat tu... Semoga berjalan lancar..


Yeayyy, i did it!

Reply
avatar
4/20/2017 3:19 PM ×

Alhamdulillah tahniah mai. Lepas ni pulun cari kerja lak.

kalau boleh naik kete x kelam kabut sgt kan. Ni naik bas bagai. Sbornje la..


#Rindu nk konvo lagi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:20 PM ×

Hehehe tak layak nak jadi Idola tu, hihihi tapi terima kasih!!! Aamiin,aamiin...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:22 PM ×

Hihihi terima kasih Busyra. Tahniahhhh jugak, we did it!!!

Tapi bab stress tu memang tak dapat dinafikan, hahaha. Baik tak payah bagi sticker tu, hahah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/20/2017 3:22 PM ×

Terima kasih kak sha :D

Reply
avatar
Nurul Afifah
admin
4/20/2017 3:49 PM ×

Tiba2 teringat feeling naek pentas tu like kenapa gabra sangat ni, bkn buat apa pon. Anyway, congatulation!

Reply
avatar
4/20/2017 5:21 PM ×

Alhamdulillah... Tahniah Kak Mai dah convo :)
semoga terus maju pada masa depan.

Reply
avatar
Adam
admin
4/20/2017 8:39 PM ×

Tahniah tahniah.

Kasut 4 inci tumitnya.
Lari 5 raun keliling dewan.
Emak abah dalm bas, mai dah sampai hotel.
Hp habis bateri.
Upacara lewat. Abah tertido menunggu. Nasib baik tak tidor hingga esok.

Memang happening.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/21/2017 3:01 AM ×

Alhamdulillah, thank you kak reen... Doakan Mai!

Betul tu, kalau sesi pagi okay la sikit, ni sesi petang, dengan geng sesi pagi tak reti2 nak balik (hahaha tetiba hangin).. Sabor jelah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/21/2017 3:02 AM ×

Hahaha tau takpa,,, gabra & perasaan mcm diawang awangan, entah pape, hahaha.

thank you!

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
4/21/2017 3:02 AM ×

Alhamdulillah.. Tahniah MAi. Kenangan yang sentiasa dalam ingatan pastinya :)

Semoga Mai dapat kerja dalam masa terdekat. Amin :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/21/2017 3:20 AM ×

Thank you my dear :D

Aamiin, terima kasih..Semoga Atiqah pun selalu berjaya dalam apa jua perkara.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/21/2017 3:25 AM ×

Hahaha bila kenang balik,dalam kekalutan tu ada juga memori yang kelakar.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
4/21/2017 6:33 AM ×

Terima kasih kak Siqah. InsyaAllah :D

Aamiin,aamiin...Terima kasih ya akak.

Reply
avatar
Ain c. Ahmad
admin
4/21/2017 10:21 AM ×

Congratulation dik.
Ala..Sian xdapat bergambar dgn jubah tapi takpe mak ayah dtg tgk,dah syukur Alhamdulillah :)

Reply
avatar
LdyNisa
admin
4/21/2017 3:02 PM ×

wah tahniah like finally grad jugak kan! Alhamdulillah :)

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon