Perubahan 2010 - 2014 - 2017

by - April 14, 2017


Selepas trending mengedit gambar dengan focus & filter, sekarang tengah trending perubahan diri dalam masa 7 tahun.

7 tahun? Macam-macam boleh berlaku. Baby yang lahir masa tu pun dah masuk darjah 1, anak buah pertamaku Irish Dania. 

Kalau dilihat mata kasar, macam tak ada perubahan pun kan? Masih tempat posing yang sama, dan cara ambil gambar yang sama. 

Aku memang suka ambil gambar dalam kereta, maklumlah kereta aku cermin sikit lagi nak macam akuarium ikan kaloi bapak aku, so tudiaaa cahaya matahari memancarkan annur kewajah suciku, cewahh.

2010

Tahun 2010 adalah tahun penting yang mengubah hidup aku. Pertamanya, tahun ini adalah tahun terakhir aku bergelar pelajar sekolah. Aku mengambil peperiksaan SPM di MRSM Merbok. 

Dan tahun 2010 juga mengubah status aku menjadi seorang aunty, Dania lahir pada bulan Ogos 2010.





2014
Tahun 2014 adalah tahun aku melapor diri untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biomolecular Science. 'Kos apa tuh?' adalah soalan yang selalu aku dapat, tapi aku happy je untuk terangkan pasal DNA, gene, dan apa-apa sahaja. Kelebihan untuk aku kerana aku selalu faham istilah movie sci-fi yang melibatkan mutasi superhero or wabak zombie. Yeay!
Dan tahun 2014 adalah tahun terakhir aku diberi kesihatan yang mantoppp sebelum Allah mengujiku dengan hyperthyroidsm (satu penyakit yang aku tak pernah tahu sebelum ni). Simpan kata-kata seperti, "Semua tu hanya dalam fikiran hang", "Jangan layan penyakit tu nanti lagi teruk" etc, sebab aku tak perlukan pun.Berat aku masa ni mencecah 70 kg. Kbye.


2017


The latest me. Aku berjaya menamatkan pengajianku di UiTM Shah Alam dengan lancar. Alhamdulillah segala puji untuk Allah. Tak mudah, sebab hyperthyroid menyebabkan otak aku kadang-kadang mengalami brain fog. Aku cepat gila lupa, macam nyanyuk. So bayangkan aku masuk exam dalam keadaan ni. Makin dipaksa ingat, makin lupa. Aku pernah meraung lepas keluar exam, aku study, dan aku tak ingat. 

Berserah kepada Allah adalah jalan terbaik selepas berusaha. Alhamdulillah power doa mak aku, aku tak pernah failed. Tapi dapat C tu adalah, muahaha. 

Berat badan aku susut mendadak sampai mencecah 50kg. 20kg hilang, kawan-kawan aku semua perasan.

Dan walaupun aku cerita consequence yang bakal jadi pada masa hadapan, tetapi boyfriend aku tetap nak kahwin dengan aku, hahahah. 

Eh, tak lupa juga, sekarang aku dah ada tiga orang anak buah, dan aku sayang depa. 

Itulah kisahku 7 tahun yang dicompress menjadi sebuah entry.


Follow

You May Also Like

29 orang rajin komen

  1. Muka tu beza sungguh. Makin cun skrg. Tips pls ❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tipsnya makeup sikit + pakai OPPO, pakar selfie anda. Hahaha

      Delete
  2. Comelnye gambar may yg pakai spek tu.. sweet jerk muka.. hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi kena gemok balik ke ni kak Lea :P

      Delete
  3. hi dear.. singgah sini..
    kalau tgk gambar dlm tempoh 7 thn ni mai makin lama makin cantik.. patutla muka nampak kurus sikit sbb berat turun 20kg ye.. semoga mai diberikan kesihatan yg baik.. jangan stress k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sis :)

      Hehehe berbeza ke? :P tu la, hehehe terima kasih...Aaamiin... insyaAllah kak.

      Delete
  4. people change over the years..dulu tak pandai mekap, sekarang dah bergaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tu la, semoga berubah kearah kebaikan ler hendaknya :P...

      Delete
  5. Seriously Bio-molecular???? I'm on that way too but more specific in Bioinformatic!

    Be tough Hyperthyroidism. I've something to handle with "Hyper" thingy too. I'l write it in Being Me soon.

    Anyway, puberty hits you like a train! hahahahah nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omagadddd, bioinformatic, my fav course! FYP akak major bioinfo tau. Screening endogeous lentivirus from hedgehog.

      Can't wait to read bout it!

      Hahahaha, seriuslah? Satu pujian yg berharga ni, Kahkahkah, thank you.

      Delete
  6. Fewitt makin lawa.

    Bila bleh makan nasi minyak sis?

    hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, ye ke, macehhh. Hehehe.

      InsyaAllah jodoh panjang hujung tahun kita edar kad, next year naik pelamin, haha.

      Delete
  7. tahniah Mai sebab berjaya dengan menamatkan pengajian despite hyperthyroid dan semoga Mai sihat selalu
    Memang nampak lain sebab 2010 tu berisi tapi 2017 tersangat kuruih...apa rasia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ummi, alhamdulillah..aamiin,aamiin ya rabbal alamin.

      Rahsianya tinggi metabolism ni Ummi, haha.

      Delete
  8. Nampak sgt tu pp makin surut.. suke tgk pic mai 2014 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ramai peminat Mai versi montel ni, haha.

      Delete
  9. Meremang pulak baca part dengan penyakit misteri Mai tu huhuhu. Moga sihat selalu ye.

    Tahniah jugak untuk setiap pencapaian selama 7 tahun ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak misteri la Ira...cuma kurang pendedahan kat malaysia ni. Aamiin. kalau nak tahu lebih lanjut baca next entry mai.

      Thank you my dear!

      Delete
  10. Betul ker sakit tu ada...akak nak tau jugak cerita tu, ke gurau gurau jer akak ni bendul sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul kak... saya dah cerita kat entry terbaru...

      https://missobsesi.blogspot.my/2017/04/aku-vs-hyperthyroid_14.html

      jemput baca :D

      Delete
  11. Sy suka kos yg Mai ambik time degree tu 😍 Tapi sy lg suka kos Usul 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mestilah kena suka kos yang kita ambil kan,,,kalau tak seksa nk teruskan.

      Delete
  12. Beza dulu dan sekarang Mai semakin cantik, flawless gitu 😍
    Selain ada cik abang sayang, kannnnn 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe saya tak flawless pun kak LZ, camera Oppo ni yg kemain tu...

      Heeeee, tu la :P

      Delete
  13. Berat badan susut 20kg??? Kenapa macam tu Mai. Banyak sangat tu. Kurus Mai sekarang, akak suka tengok <3

    ReplyDelete
  14. Makin cun la mai hehehe..

    ReplyDelete
  15. Nampak macam mata semakin besar

    ReplyDelete
  16. Yang paling sweet ayat 'boyfriend aku tetap nak kawin dengan aku'.. hahahaha.. Sukses selalu Mai..

    ReplyDelete