Pengalaman Pergi Career Fair

Pengalaman Pergi Career Fair | Pada 5 Ogos haritu Mai ada pergi Karnival Kerjaya di Kulim Hi-Tech untuk memburu kerja, maklumlah Mai dah setahun juga menganggur. Kalau orang lain soalan sensitif dia 'bila nak kahwin?' tapi soalan sentap hati mak nak bagi Mai adalah 'Hang kerja apa la ni?', wuwuwu. Haha, so bila dah pergi ke job-fair @ career-fair @ karnival kerjaya ni (hangpa sebut mana satu?), maka dapatlah satu pengalaman baru kan! Hihi. Jom baca pengalaman pergi career fair ni.

PENGALAMAN PERGI CAREER FAIR


BEBERAPA HARI SEBELUM PERGI CAREER FAIR

01) Update Resume dengan Maklumat Terkini - Pastikan update semua maklumat terutamanya cara untuk hubungi kita dengan tepat. Resume yang padat & kemas adalah satu first impression yang penting untuk menunjukkan kredibiliti kita sebagai seorang yang teliti. 


02) Photostate semua Dokumen/Sijil Penting - Bagi Mai, antara dokumen & sijil penting yang Mai pastikan bawa masa pergi Career Fair adalah salinan kad pengenalan, sijil SPM, sijil diploma, sijil degree. Mai kepilkan sekali guna klip kertas di belakang resume. Sediakan banyak salinan tau, sebab nanti nak bagi kat banyakkkkk company.

03) Prepare Jawapan / Soalan Nak Tanya Pada Wakil Syarikat - Sebelum nak prepare jawapan yang mungkin ditanya. atau soalan yang bakal ditanya pada company masa jobfair ni, kita mestilah study pasal syarikat tu. Sekurang-kurangnya, kita tahu syarikat tu keluarkan apa. Macam haritu ada lebih kurang 22 syarikat kat jobfair tu, tapi bukan semua berkaitan dengan bidang Mai, so Mai takdalah fokus sangat kat yang tak berkaitan tu, just isi nama untuk kerja bahagian admin (kalau dipanggil lah, lol). Untuk syarikat yang memang Mai aimed dari rumah, memang bagi dokumen lengkap tanya itu ini lah. Kekeke. Nak tanya apa? Contoh yang boleh kita tanya, kelulusan kita sesuai tak dengan jawatan yang dipohon tu, macam mana nak follow up lepas ni, dan macam-macam lagi. 


HARI CAREER FAIR BERLANGSUNG

01) Be the early bird  - Kita ingat kita dah awal, rupanya dah ramai datang lagi awal, pukul 9 start, jam 8 pagi dah bertindih parking. Fuhh ramai juga para pemburu kerja ni. Memang sama je datang pagi ke petang ke sebab sentiasa ramai, tapiiiiii ingatlah, yang jaga booth tu semua manusia biasa je bukan robot. Kalau petang tu semua dah penat, sapa nak melayan komeee. Haha. So datang pagi k.

02) Career Fair bukan Medan Jejak Kasih - Mai pergi sorang je haritu, sempat lah nak memerhati sekeliling kan. Haha. Paling menyampah bab yang tetiba jejak kasih tengah jalan tu. Sudahlah sesak bersempit-sempit, jalan pun terkemut-kemut, tiba-tiba ada pula yang duk jejak kasih kat tengah tu. Macam nak mengamuk rasa.

03) SARAPAN BEFORE MASUK - Kesilapan Mai pada hari Career Fair tu, terus masuk cari kerja tanpa sarapan. Aduhh dalam tu kan panas, ramai, serabut. Sudahnya sampai muntahlah ceritanya masa nak balik tu. Salah besarlah sebab tinggal sarapan.

04) Pulun habis-habisan - Alang-alang panas, dah rasa panas, sempit pun dah hadap, perasaan gelabah dan serabut pun cukup lengkap, baik singgah kat sebanyak mungkin booth yang ada kat situ. Kalau resume dah habis pun isi je nama dan contact number kat booth tu. Cubalah nasib mana tahu rezeki kan :P


SELEPAS CAREER-FAIR

01) Follow up dengan HR company - Kalau dah bagi resume kan, bolehlah follow up dengan bahagian HR company tu lepas beberapa hari.

02) Berdoa moga ada rezeki - Doa banyak-banyak, minta tolong kucing doakan sekali, kekekeke, mana tahu ada rezeki kucing, kita tumpang la sekali :P. Hmm. InsyaAllah dalam seminggu dua tu pasti akan ada company yang contact kita.


GOOD LUCK!

Hasil dari pergi Career Fair haritu, baru mengena satu company, heheh. InsyaAllah temujanji untuk interview dah set pada Isnin ni, 14 haribulan. Doakan Mai berjaya tau :)

Follow
Previous
Next Post »

23 Comments

Click here for Comments
mamapp
admin
8/12/2017 8:06 PM ×

Bagus tips Mai ni. Semoga dapat Kerja soon ye

Reply
avatar
8/13/2017 1:24 AM ×

nice sharing mai.. sngt berguna untuk org lain kalau nk ke iv mcm ni..

Reply
avatar
8/13/2017 3:07 PM ×

Mudah2an ada peluang pekerjaan yang sesuai untuk Mai

Reply
avatar
Amer Ridzuan
admin
8/13/2017 3:21 PM ×

Yeay! Uni. Multimedia Melaka pon akan adakan career fair thun depan dan amer one of the committee hehehe..

Reply
avatar
Nurul Afifah
admin
8/13/2017 4:16 PM ×

All the best Mayy. Semangat pulak baca cerita macam ni


// afifahaddnan

Reply
avatar
8/15/2017 8:01 PM ×

Good tips kak Mai. GV wish best luck. InsyaAllah. Aamin. :D

Reply
avatar
hana hadi
admin
8/16/2017 8:39 PM ×

dapat mtk 1 keja ja ek. ka mtk ja apa2 yang suka.

Reply
avatar
Kaklong Chan
admin
8/18/2017 8:49 AM ×

Good tips..
All the best Mai ^_^

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
8/23/2017 6:13 PM ×

Semoga dipermudahkan supaya Mai dapat kerja yang sesuai nanti ye. Good luck Mai :)

Reply
avatar
Jun Zie
admin
8/25/2017 10:19 AM ×

aahh kesian nya mai. next time jan skip bfast tau wlu kejar masa cmna pun tau =)

Reply
avatar
8/25/2017 4:11 PM ×

Pernah jugak pergi career fair sebelum ni. Tapi masa saya pergi tu, kerja banyak yang tak ada kena mengena dengan bidang masa belajar. Most of the vacancy, customer service exec, kerja marketing, kerja sales... gitu je la adanya.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:11 AM ×

Aamiin. Thank you MamaPipie :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:12 AM ×

Semoga bermanfaat Busyra :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:18 AM ×

Aamiin...Mudah-mudahan Pakcik :')

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:19 AM ×

Really! Grabbbb peluang banyak2 tau!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:24 AM ×

Aamiin, terima kasih :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:25 AM ×

Boleh minta sebanyakkkkk mungkin :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:32 AM ×

Terima kasih kak Siqah :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:43 AM ×

Itulah Kak Ju. Huhuh penting breakfast ni.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/27/2017 12:44 AM ×

Hahaha tau takpe. mostly bidang promoter, hr. Budak sains agak terkapai2 tapi apply jugalah dah alang2 sampai kan..

Reply
avatar
8/30/2017 2:42 PM ×

Thank you for sharing the tips Mai :')

Reply
avatar
Mellya Musa
admin
9/09/2017 2:24 PM ×

good luck Mai ! hehe

Reply
avatar